Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mantan Presiden AS George HW Bush meninggal dunia pada usia 94 tahun

Presiden ke-41 Amerika Syarikat,George HW Bush, meninggal dunia pada usia 94 tahun. Demikian diumumkan oleh keluarganya pada Jumaat (30 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Dec 2018 02:11PM Dikemas Kini : 01 Dec 2018 09:18PM

WASHINGTON: Presiden ke-41 Amerika Syarikat,George HW Bush, meninggal dunia pada usia 94 tahun. Demikian diumumkan oleh keluarganya pada Jumaat (30 Nov).

"Jeb, Neil, Marvin, Doro dan saya dengan dukacita mengumumkan bahawa selepas mengharungi 94 tahun yang luar biasa, ayah kesayangan kami sudah meninggal dunia," kata anaknya mantan presiden ke-43 AS George W Bush dalam satu kenyataan yang disiarkan menerusi Twitter oleh jurucakap keluarganya.

"George HW Bush merupakan seorang lelaki yang yang mempunyai watak dikagumi dan seorang ayah terbaik kepada anak lelaki dan perempuan."

Mendiang mempunyai beberapa masalah kesihatan sejak beberapa tahun lalu dan kematiannya, lapan bulan selepas pemergian isteri beliau Barbara pada 17 April lalu.

Encik Bush pernah dimasukkan ke dalam hospital pada Januari 2017 selepas mengalami masalah pernafasan dan kesihatannya merosot sejak beberapa bulan lalu.

Mendiang meninggalkan lima anak dan 17 cucu.  

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan