Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mantan PM Thailand kekal Pemimpin Parti Democrat

Mantan Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva, mengekalkan kedudukannya sebagai Pemimpin Parti Democrat selepas beliau berjaya menangkis saingan tiga penjuru dalam pilihan raya parti.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Nov 2018 07:59PM Dikemas Kini : 11 Nov 2018 10:06PM

BANGKOK: Mantan Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva, mengekalkan kedudukannya sebagai Pemimpin Parti Democrat selepas beliau berjaya menangkis saingan tiga penjuru dalam pilihan raya parti.

Encik Abhisit menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri Thailand dari 2008 hingga 2011. Beliau sudahpun memimpin parti Democrat selama 13 tahun.

Encik Abhisit akan memimpin partinya dalam menghadapi pilihan raya umum pada Februari tahun depan.

Ia menandakan Thailand kembali kepada demokrasi berparlimen menyusuli rampasan kuasa tentera empat tahun lalu.

Parti Democrat, iaitu parti politik tertua di Thailand, adalah popular di kalangan masyarakat perniagaan negara itu. 

Sumber : Agensi berita/MM/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan