Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mantan PM Pakistan Nawaz Sharif ditangkap

Mantan Perdana Menteri Nawaz Sharif, dan anak perempuannya ditangkap sebaik sahaja mereka tiba di bandar Lahore bagi memberi sokongan kepada parti Liga Muslim Pakistan. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Jul 2018 04:36PM Dikemas Kini : 14 Jul 2018 11:27PM

PAKISTAN: Keganasan kian memuncak di Pakistan menjelang pilihan raya pada 25 Julai ini.

Mantan Perdana Menteri Nawaz Sharif, dan anak perempuannya ditangkap sebaik sahaja mereka tiba di bandar Lahore bagi memberi sokongan kepada parti Liga Muslim Pakistan.

Encik Nawaz Sharif dan anaknya, Maryam dikawal ketat pegawai-pegawai keselamatan sebaik sahaja mereka mendarat di Lahore. Menurutnya, beliau tiba dari London di mana isterinya sedang sakit tenat.

Encik Sharif dan anaknya dijatuhi hukuman penjara tanpa kehadiran mereka minggu lalu atas tuduhan rasuah.

Beliau mendakwa pihak tentera menghasut keputusan hakim itu dalam komplot untuk memberi sokongan kepada bekas pemain kriket, Imran Khan dalam pilihan raya nanti.

Sebelum kepulangannya, pasukan keselamatan menahan ramai penyokong Encik Sharif.

Sehingga 20,000 penyokong berhimpun beramai-ramai untuk menyambut kepulangan Encik Sharif. Namun perhimpunan bertukar kepada bantahan selepas ramai aktivis parti turut ditahan.

Tinjauan pendapat menunjukkan parti pimpinan Encik Shariff sedang ketinggalan di belakang parti PTI pimpinan Imran Khan yang berkempen untuk memerangi rasuah.

Pihak tentera yang menyangkal dakwaan campur tangan dalam politik negara itu, berikrar akan memastikan pilihan raya berjalan dengan bebas lagi adil.  

Sumber : CNA/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan