Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mantan PM M'sia Mahathir, 4 AP lain dipecat daripada Bersatu

Mantan Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad bersama empat lagi pemimpin dipecat keahliannya daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Khamis (28 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Mantan PM M'sia Mahathir, 4 AP lain dipecat daripada Bersatu

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 28 May 2020 08:46PM Dikemas Kini : 28 May 2020 08:48PM

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad bersama empat lagi pemimpin dipecat keahliannya daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Khamis (28 Mei).

Dalam surat yang dialamatkan kepada Dr Mahathir oleh Setiausaha Eksekutif Bersatu Muhammad Suhaimi Yahya, Dr Mahathir dimaklumkan bahawa beliau dipecat berdasarkan klausa 10.2.2 dan 10.2.3 perlembagaan parti itu.

Encik Muhammad Suhaimi berkata ini kerana Dr Mahathir duduk di bangku pembangkang semasa sidang parlimen pada 18 Mei, dan bukan dengan gabungan Perikatan Nasional yang dipimpin Presiden Bersatu dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Empat lain yang dipecat ialah Mukhriz Mahathir, Syed Saddiq, Amiruddin Hamzah dan Dr Maszlee Malik.

Penyokong Dr Mahathir - iaitu mantan pengerusi Bersatu - tidak sehati dengan kumpulan yang menyokong Encik Muhyiddin. Perpecahan dalam parti itu berlaku menyusuli keputusan Encik Muhyiddin untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk membentuk gabungan kerajaan baru pada awal tahun ini.

Encik Muhyiddin kemudian mengangkat sumpah jawatan selaku perdana menteri ke-8 Malaysia.

Dr Mahathir sebelum ini mengemukakan usulan tidak yakin terhadap Encik Muhyiddin di Parlimen, yang diterima oleh Speaker Mohamad Ariff Md Yusoff.

Pada awal bulan ini, Dr Mahathir berkata dalam satu wawancara video bahawa beliau mengundurkan diri sebagai pengerusi Bersatu pada Februari kerana menentang keputusan parti itu meninggalkan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan menyertai BN dan PAS bagi membentuk kerajaan baru.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan