Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mantan PM Ahmed Shafiq akan cabar Presiden al-Sisi dalam pilihan raya Mesir 2018

Mantan Perdana Menteri Mesir, Ahmed Shafiq, yang kalah tipis pada pilihan raya 2012 akan mencabar Presiden Abdel Fattah al-Sisi dengan bertanding pada Pilihan Raya Presiden tahun depan, menurut dua orang penolongnya semalam (28 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Mantan PM Ahmed Shafiq akan cabar Presiden al-Sisi dalam pilihan raya Mesir 2018

Gambar Mantan PM Mesir Ahmed Shafiq. (Gambar: CreditHANDOUT / AHMED SHAFIQ AIDE / AFP)

Diterbitkan : 30 Nov 2017 05:45PM Dikemas Kini : 30 Nov 2017 05:53PM

KAHIRAH: Mantan Perdana Menteri Mesir, Ahmed Shafiq, yang kalah tipis pada pilihan raya 2012 akan mencabar Presiden Abdel Fattah al-Sisi dengan bertanding pada Pilihan Raya Presiden tahun depan, menurut dua orang penolongnya semalam (28 Nov).

"Saya boleh mengesahkan beliau akan bertanding," kata salah seorang penolong tersebut. Encik Shafiq pernah menjadi PM semasa era Hosni Mubarak, tetapi meninggalkan negara itu pada tahun 2012 untuk ke Amiriah Arab Bersatu (UAE).

Encik Shafiq, ketika itu dibicarakan di mahkamah tanpa kehadirannya, atas tuduhan rasuah selepas kalah dalam pilihan raya 2012 kepada Mohamed Morsi. Sejak dua tahun lalu pula, Encik Shafiq muncul sebagai pengkritik utama dan pesaing bagi Encik al-Sisi.

Tuduhan-tuduhan ke atas mantan perdana menteri itu sudah dibebaskan dan peguamnya mengatakan bahawa beliau bebas untuk kembali Mesir. Bagaimanapun beliau dikatakan khuatir, kes lain mungkin dikenakan terhadapnya.

Tidak jelas jika, atau bila, Encik Shafiq bercadang untuk kembali ke Mesir untuk berkempen bagi pilihan raya tersebut.

Presiden al-Sisi, seorang mantan ketua tentera, dipilih menjadi Presiden pada 2014 kurang setahun selepas mengguling Encik Morsi. Beliau setakat ini belum lagi mengisytiharkan pencalonannya, tetapi dijangka bertanding dan menguasai pilihan raya tahun depan.

Encik Shafiq pula disebut-sebut sebagai antara calon yang boleh memberi cabaran kepada Encik al-Sisi.

Mantan Presiden Mesir Hosni Mubarak melantik Encik Shafiq secara terburu-buru sebagai Perdana Menteri semasa hari-hari terakhirnya pemerintahannya pada 2011, sebelum tunduk kepada tekanan dan pemberontakan rakyat.

Bermula sebagai seorang juruterbang jet pejuang dan mendaki tangga kerjaya sehingga menjadi Marsyal Udara, sebelum kemudiannya memasuki kabinet selaku Menteri Penerbangan Awam, Encik Shafiq tidak kekal lama selaku Perdana Menteri selepas Encik Mubarak tumbang dari kekuasaan.

Namun demikian, hanya setahun kemudian, walaupun tokoh-tokoh pemerintahan era Mubarak dikecam, Encik Shafiq hanya kalah tipis semasa bertanding menentang Encik Morsi semasa pilihan raya.  

Sumber : AFP/AQ/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan