Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mantan Menteri Luar Anifah Aman beri bayangan tubuh parti baru, perjuang hak negeri

Anggota Parlimen Kimanis, Anifah Aman memberi bayangan bahawa beliau akan membangunkan 'rumah baru' bagi memperjuangkan hak-hak Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1976 (MA63).

Anggaran Waktu Membaca:
Mantan Menteri Luar Anifah Aman beri bayangan tubuh parti baru, perjuang hak negeri

Mantan Menteri Luar Malaysia, Anifah Aman. (Gambar fail: BERNAMA)

Diterbitkan : 13 Oct 2018 10:40AM Dikemas Kini : 13 Oct 2018 10:43AM

KIMANIS: Anggota Parlimen Kimanis, Anifah Aman memberi bayangan bahawa beliau akan membangunkan 'rumah baru' bagi memperjuangkan hak-hak Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1976 (MA63).

Encik Anifah yang meninggalkan UMNO pada bulan lalu berkata sekiranya perlu membina rumah tersebut, beliau tidak menolak kemungkinan untuk menubuhkan parti baru bagi memenuhi hak-hak rakyat di negeri itu.

Astro Awani menukil Encik Anifah sebagai berkata: "Sekiranya perlu untuk saya membuat parti baru, tidak ada kemungkinan akan ada parti baru yang diwujudkan bagi memperjuangkan MA63.

"Saya berpendapat bahawa saya akan mengutarakan kepada rakan-rakan sekiranya perlu dan pada masa yang tepat bahawa kita hanya membuat 'satu rumah' sahaja dan ini terpulang kepada perbincangan."

Beliau berkata demikian kepada pihak media selepas menghadiri Majlis Santai dan Ramah Mesra Program Penjelasan Perjanjian Malaysian 1963 (MA63).

Turut hadir dalam majlis itu ialah Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Dr Jeffrey Kitingan dan peguam Ansari Abdullah, yang menjadi panel dalam penjelasan MA63 kepada orang ramai.

Encik Anifah, yang juga mantan Menteri Luar Malaysia, berkata bahawa beliau tetap akan menyokong segala usulan yang membawa manfaat kepada rakyat di negeri itu dalam memperjuangkan perkara-perkara yang termaktub dalam MA63, lapor Astro Awani.

Menurut beliau, perjuangan MA63 harus dilaksanakan bagi mengembalikan apa yang menjadi hak rakyat Sabah.

Pada masa yang sama, Encik Anifah juga menegaskan bahawa beliau tidak akan menentang kerajaan dalam menuntut perkara itu.

"Saya tidak akan menentang kerajaan, jika perjuangan ini untuk rakyat Sabah, saya akan sokong. Perjuangan ini adalah penting untuk kerajaan persekutuan melihat tara Sabah dan Sarawak," katanya.

Menurut laporan Astro Awani, Encik Anifah masih belum terfikir untuk tidak menyertai mana-mana parti selepas bertindak keluar daripada UMNO pada bulan lalu.

"Saya belum terfikir untuk tidak menyertai mana-mana parti setakat ini. Apa yang penting adalah perjuangan MA63 untuk rakyat Sabah," kata beliau. 

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan