Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mantan Menteri Besar Johor Osman Sapian masuk hospital diserang angin ahmar

Mantan Menteri Besar Johor Osman Sapian dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Johor selepas diserang angin ahmar ringan. 

Anggaran Waktu Membaca:
Mantan Menteri Besar Johor Osman Sapian masuk hospital diserang angin ahmar

Gambar: Facebook/Osman Sapian

Diterbitkan : 13 Oct 2021 08:17PM Dikemas Kini : 13 Oct 2021 08:19PM

JOHOR BAHRU: Mantan Menteri Besar Johor Osman Sapian dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Johor selepas diserang angin ahmar ringan. 

Anaknya, Encik Nornekman berkata Encik Osman yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas dimasukkan ke hospital itu kira-kira 10.00 malam semalam (12 Okt).

"Alhamdulillah, keadaan ayah saya semakin stabil. Beliau sudah boleh bercakap dan menjawab panggilan telefon sebentar tadi.

"Ayah saya sedang dalam proses untuk mendapatkan rawatan hospital di Kuala Lumpur. Saya dengan ini memohon doa daripada tuan dan puan agar kesihatan ayah saya pulih seperti sedia kala," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini (13 Okt).

Timbalan Pengerusi Bersatu negeri, Senator Md Nasir Hashim berkata perkara tersebut mengejutkan seluruh ahli Bersatu di Johor. 

"Berita ini sangat mengejutkan dan saya dimaklumkan perkara ini ketika berada di Dewan Negara," katanya.

ADUN Permas Che Zakaria Mohd Salleh pula berkata beliau akan ke ibu negara esok (14 Okt) bagi menziarahi Encik Osman.

"Saya dimaklumkan beliau berada dalam keadaan yang stabil,” katanya. 

Encik Osman, 70 tahun, yang juga Ketua Bahagian Bersatu Ayer Hitam dilantik sebagai Menteri Besar Johor ke-16 selepas Pilihan Raya Umum pada 2018.

Beliau menyandang jawatan menteri besar bagi tempoh 12 Mei 2018 hingga 8 April 2019. 

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan