Images
  • ershad
    Mantan ketua tenterta Bangladesh, Hussain Muhammad Ershad, diapit para peguamnya sedang beliau memasuki mahkamah di Dhaka pada 17 Jan 2007. (Gambar fail: Mohammad Shahidullah/REUTERS)

Mantan ketua tentera Bangladesh, Hussain Muhammad Ershad, meninggal dunia

DHAKA: Mantan pemimpin pemerintah tentera Bangladesh, Hussain Muhammad Ershad, meninggal dunia pada umur 90 tahun hari ini (14 Jul) menyusuli komplikasi kesihatan berkaitan lanjut usia. Demikian menurut seorang penolongnya.

Setiausaha politik serta akhbarnya berkata beliau bergantung kepada bantuan pernafasan selama 10 hari di hospital tentera di ibu kota Dhaka dengan kegagalan pada fungsi hati dan buah pinggangnya.

“Beliau meninggal dunia pagi ini selepas menderita sakit selama tiga minggu,” kata Sunil Shuva Roy, setiausaha kepada Encik Ershad.

Sebagai Ketua Pasukan Tentera, Encik Ershad merampas kuasa dalam kudeta pada tanggal 24 April 1982 sekali gus menumbangkan kerajaan pimpinan Presiden Abdus Sattar dan mengisytiharkan dirinya sebagai presiden pada 1983.

Beliau memerintah sehingga terpaksa meletak jawatan ekoran kebangkitan rakyat besar-besaran pada 1990.

Encik Ershad ialah pengerusi parti pembangkang utama di Parlimen, Parti Bangladesh Jatiya, yang diasaskannya pada 1985. 

- REUTERS/FZ/fz

Top