Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Manhattan gelap gelita setelah bekalan tenaga terpadam

Gangguan bekalan elektrik yang meluas dilaporkan di bahagian kota Manhattan, New York City, pada Sabtu malam (13 Jul) dengan stesen kereta api bawah tanah terjejas dan lampu-lampu jalan raya di bahagian Upper West Side turut terpadam.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Jul 2019 04:29PM Dikemas Kini : 14 Jul 2019 09:51PM

NEW YORK: Gangguan bekalan elektrik yang meluas dilaporkan di bahagian kota Manhattan, New York City, pada Sabtu malam (13 Jul) dengan stesen kereta api bawah tanah terjejas dan lampu-lampu jalan raya di bahagian Upper West Side turut terpadam. Demikian menurut para pegawai dan laporan media sosial.

Seorang saksi di Upper West Side melaporkan terdengar bunyi letupan pada kira-kira pukul 7.00 malam dan lampu terus terpadam sejurus selepas itu.

Jurucakap Jabatan Kebakaran New York City berkata punca gangguan bekalan tenaga sedang disiasat.

Sistem kereta api bawah tanah kota itu menyatakan ia sedang bekerjasama dengan syarikat perbekalan Con Edison untuk mengenal pasti punca gangguan tersebut yang menurutnya menjejas kawasan-kawasan Midtown dan Upper West Side.

Core Johnson, jurucakap majlis New York City, menulis di Twitter bahawa kereta api bawah tanah ConEd di jalan West 49th mengalami "gangguan besar" dan ConEd sedang berusaha untuk membaikinya.

Dengan beberapa stesen bergelapan dan lampu isyarat pula tidak berfungsi, ramai penduduk serta pengunjung terpaksa berjalan kaki. Kebanyakan entri dan catatan di media sosial yang berkaitan dengan keadaan itu mempunyai tanda pagar #blackoutnyc. 

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan