Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mangsa tsunami Aceh berharap generasi masa depan ambil iktibar

Armilla Yanti sedang dalam perjalanan pulang daripada pasar seperti dilakukannya setiap hari Ahad apabila gelombang tsunami besar melanda 15 tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Mangsa tsunami Aceh berharap generasi masa depan ambil iktibar

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 21 Dec 2019 02:35PM Dikemas Kini : 21 Dec 2019 02:39PM

BANDA ACEH, Indonesia: Armilla Yanti sedang dalam perjalanan pulang daripada pasar seperti dilakukannya setiap hari Ahad apabila gelombang tsunami besar melanda 15 tahun lalu.

Armilla dan ibu bapanya terselamat, namun dua saudara perempuannya terbunuh dalam tragedi pada 26 Dis 2004.

15 tahun kemudian, Armilla kerap teringat kembali detik trauma itu ketika menceritakan pengalamannya kepada para pelawat ke Muzium Tsunami Aceh, di mana beliau bekerja sebagai pegawai pemandu muzium.

Dengan melakukan demikian, Armilla berharap dapat berkongsi pengajaran yang diraih daripada pengalaman beliau yang menyayat hati - seperti kepentingan sistem amaran awal dan melarikan diri ke kawasan tanah lebih tinggi apabila sistem penggera dibunyikan atau berlaku gempa bumi.

"Memandangkan saya mengalami sendiri trauma kejadian tsunami, apabila saya bertemu dengan para pengunjung saya akan berkongsi pengalaman...dan mereka tidak akan dapat melupakannya," kata wanita berusia 44 tahun itu. Muzium tempat beliau kini bertugas dibina bagi memperingati bencana itu tetapi juga berfungsi sebagai pusat pendidikan dan tempat perlindungan bencana.

Lebih daripada 230,000 orang terbunuh di Indonesia, Sri Lanka, India, Thailand dan sembilan lagi negeri apabila gempa bumi sekuat 9.1 magnitud di kawasan perairan wilayah Aceh di Indonesia mencetus tsunami setinggi 17.4 meter.

Wilayah Aceh utara mengalami kerosakan teruk, di mana 128,858 orang terbunuh dan lagi 37,087 disenaraikan sebagai hilang.

Ramai yang mati kerana mereka tidak mempunyai maklumat tentang apa yang perlu dilakukan.

"Saya selalu beritahu generasi muda bahawa jika mereka tinggal di kawasan pantai atau berdekatannya seperti kami, dan terdapat gempa bumi yang kuat setelah gegaran berhenti, segera larikan diri," kata Mundiyah Sahan, 70 tahun yang menjual cenderamata dekat kawasan di mana sebuah bot yang dihanyutkan oleh tsunami terus kekal di atas sebuah bangunan.

Pegawai tempatan mengatakan bahawa mereka sudah menjalankan lebih banyak usaha bagi menangani tsunami dan mendidik golongan masyarakat.

Hampir setiap kampung dalam wilayah itu mempunyai sekurang-kurangnya satu bangunan yang punah akibat tsunami, yang memberikan peringatan akan kuasa binasa ombak tsunami.

Lebih daripada 25,600 bangunan kekal berada dalam "zon merah" iaitu dianggap mudah terdedah kepada bencana tsunami, pencecairan dan kebanjiran, menurut agensi perumahan bandar dan kerja raya Bandar Aceh.

Di muzium itu, murid tadika Bima al Farizi tidak teragak-agak apabila ditanya apa yang perlu dilakukan jika berlaku gempa bumi dan tsunami.

"Kami harus melarikan diri ke kawasan lebih tinggi," katanya. 

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan