Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mangsa Srebrenica sambut baik hukuman seumur hidup Karadzic

Saudara mara mangsa pembunuhan beramai-ramai di Bosnia mengalu-alukan keputusan penjara seumur hidup ke atas pemimpin Serbia, Radovan Karadzic atas genosid atau pembunuhan beramai-ramai dan jenayah perang 1990-an.

Anggaran Waktu Membaca:
Mangsa Srebrenica sambut baik hukuman seumur hidup Karadzic

Gambar fail Radovan Karadzic di mahkamah (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 22 Mar 2019 12:13PM Dikemas Kini : 22 Mar 2019 12:19PM

SREBRENICA: Saudara mara mangsa pembunuhan beramai-ramai di Bosnia mengalu-alukan keputusan penjara seumur hidup ke atas pemimpin Serbia, Radovan Karadzic atas genosid atau pembunuhan beramai-ramai dan jenayah perang 1990-an.

Panel hakim di The Hague, Belanda menambah hukuman asal Karadzic untuk pembunuhan semasa perang antara etnik Bosnia dari 40 tahun kepada penjara seumur hidup.

Dia juga didapati bersalah atas peranannya dalam pembunuhan lebih 8,000 lelaki dan budak lelaki Islam di Srebrenica oleh tentera Serbia pada Julai 1995.

Tragedi itu adalah pembunuhan paling dahsyat di Eropah sejak Perang Dunia Kedua dan dianggap genosid oleh mahkamah jenayah antarabangsa itu.

Perang tiga tahun antara etnik Croatia, Muslim dan Serbia pada 1995 menyebabkan lebih 100,000 maut.

“Terima kasih Tuhan atas hukuman itu,” kata Bida Osmanovic. Anak lelakinya berusia 22 tahun, Faruk terbunuh dalam pembunuhan itu.

Beliau antara 50 ibu, saudara perempuan dan balu serta segelintir mangsa lelaki terselamat dalam pembunuhan itu, yang menyaksikan keputusan hukuman di tugu peringatan di Potocari, tidak jauh dari bandar ini.

Anggota keluarga berkumpul di kawasan perkuburan sebelum mendengar keputusan, mengunjungi kubur yang menempatkan orang tersayang.

Sebelum keputusan dibacakan, mangsa terselamat berkata, mereka berharap mendengar keputusan sebegitu.

“Satu-satunya harapan dan ingatan saya ialah Karadzic dihukum penjara seumur hidup,” kata Hajrija Oric, 63 tahun, yang anak lelakinya Elvir, 17 tahun, dan suami beliau, Sahin dibunuh dalam tragedi itu.

Nedzad Avdic, yang terselamat namun bapanya dibunuh, menegaskan pentingnya keputusan hukuman itu kerana kebanyakan etnik Serbia, termasuk pemimpin politik tidak mengetengahkan jenayah Srebrenica itu.

“Keputusan ini dibuat terlalu lewat, namun bagi kami ia adalah hari amat penting disebabkan penafian meningkat bahawa ia adalah tindakan genosid," kata Nrdzad, yang kini berusia 40 tahun.

"Ia akan menutup mulut sesiapa yang menafikan kekejaman berlaku di sini.”

Ketua tentera Karadzic, Ratko Mladic, yang digelar ‘Penyembelih Bosnia’ sedang merayu hukuman seumur hidup atas dakwaan sama. 

Sumber : AFP/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan