Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mangsa penderaan seksual di Jepun tuntut undang-undang dirombak

 Kumpulan hak asasi wanita di Tokyo mengadakan bantahan di jalanan buat kali keenam dalam tempoh enam bulan menyusuli kemarahan terhadap kelemahan undang-undang ‘lapuk’, sekali gus menyebabkan seorang lelaki yang melakukan penderaan seksual terhadap anak perempuannya dibebaskan.

Anggaran Waktu Membaca:
Mangsa penderaan seksual di Jepun tuntut undang-undang dirombak

Gambar hiasan. (Gambar: Ngau Kai Yan)

Diterbitkan : 11 Sep 2019 10:02PM Dikemas Kini : 11 Sep 2019 10:07PM

TOKYO: Kumpulan hak asasi wanita di Tokyo mengadakan bantahan di jalanan buat kali keenam dalam tempoh enam bulan menyusuli kemarahan terhadap kelemahan undang-undang ‘lapuk’, sekali gus menyebabkan seorang lelaki yang melakukan penderaan seksual terhadap anak perempuannya dibebaskan.

Mahkamah memutuskan agar lelaki yang melakukan penderaan seksual sejak anaknya berusia kira-kira 13 tahun hingga 19 tahun, bahkan mengaku bertindak ganas jika kehendaknya ditolak, dibebaskan.

Lelaki itu dibebaskan kerana berdasarkan undang-undang negara itu, para pendakwa perlu membuktikan berlaku paksaan, ugutan atau mangsa tidak berdaya untuk mempertahankan dirinya.

Rayuan terhadap keputusan itu sedang dikemukakan tetapi ia mencetuskan tunjuk perasaan melibatkan ratusan orang di beberapa bandar di negara itu pada Rabu (11 Sep).

Sementara itu, petisyen dalam talian menuntut agar seks yang dilakukan tanpa rela dianggap sebagai rogol mendapat tandatangan lebih daripada 47,000 individu dan sudah dihantar kepada kementerian kehakiman.

Cik Jun Yamamota, yang pernah didera bapanya ketika berusia antara 13 dengan 20 tahun berkata, mendengar kisah itu saja sudah meloyakan.

“Sekali lagi!... Itu yang saya fikirkan," lalu menambah, "Undang-undang Jepun tidak menganggap kesalahan seksual seperti ini sebagai jenayah. Saya tidak boleh bertolak ansur lagi,” kata Cik Yamamoto.

Dalam kes terbaru, mahkamah mengakui bahawa remaja perempuan itu dipaksa untuk melakukan hubungan seks sumbang secara terpaksa dan dikawal secara psikologi oleh bapanya disebabkan penderaan berulang itu.agaimanapun, tidak jelas sama ada remaja itu ‘tidak berdaya menolak" dan ini menyebabkan bapanya dibebaskan daripada tuduhan merogol.

Cik Yamamoto memberitahu AFP, apabila terperangkap atau diserang oleh seseorang yang dipercayai, sudah pasti mangsa terkejut dan tidak mampu melawan.

“Malah dalam kes seorang bapa merogol anaknya, mahkamah menyatakan perlakuan itu mampu ditolak oleh si anak dan mahkamah membebaskannya. Undang-undang ini ternyata bermasalah,” katanya lagi.

Sementara gerakan #MeToo terhadap penderaan seksual mendapat sambutan luar biasa di merata dunia, ia tidak sebegitu di Jepun.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan