Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mangsa Gua Tham Luang mungkin alami 'penyakit gua'

Para mangsa yang terperangkap dalam Gua Tham Luang di Thailand selama lebih dua minggu mungkin mengalami jangkitan Histoplasmosis (atau cave disease). 

Anggaran Waktu Membaca:
Mangsa Gua Tham Luang mungkin alami 'penyakit gua'

Kanak-kanak kini dirawat di hospital tempatan. (Gambar: PRD/ AFP)

Diterbitkan : 12 Jul 2018 11:23AM Dikemas Kini : 12 Jul 2018 11:31AM

BANGKOK: Para mangsa yang terperangkap dalam Gua Tham Luang di Thailand selama lebih dua minggu mungkin mengalami jangkitan Histoplasmosis (atau cave disease). Mereka kini di bawah jagaan sebuah hospital tempatan selepas diselamatkan pada Selasa (10 Jul).

Histoplasmosis adalah jangkitan kulat yang dialami selepas seseorang menyedut spora fungus histoplasma capsulatum yang terhasil daripada najis kelawar dan burung. Jangkitan kulit ini juga kerap ditemui pada pesakit HIV/AIDS.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC), sebarang pergerakan tanah boleh menyebabkan kulat dan penyakit itu tersebar. 

Penyakit bawaan udara itu disebarkan melalui kulat berbentuk spora yang sangat kecil dan "tidak dapat dikesan dengan mata manusia," menurut CDC. Ia bagaimanapun tidak berjangkit.

Mereka yang tidak mempunyai sistem pertahanan tubuh yang kuat berisiko tinggi diserang jangkitan ini. Ia akan merebak dari paru-paru ke otak pesakit.

Mereka yang terkena jangkitan ini akan kelihatan seperti mengalami demam selesema dengan simptom batuk-batuk, penat, sakit badan, sakit kepala dan sakit dada.

Satu cara untuk mencegah "penyakit gua" adalah dengan mengelak daripada memasuki ke mana-mana gua yang mempunyai banyak kotoran burung dan kelawar. 

Sumber : AFP/AQ/kn
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan