Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mangsa gua Tham Luang diberi ubat pelali kuda?

Menurut laporan yang dipetik daripada portal Daily Mail, seorang penyelam rakyat Britain yang terlibat dalam operasi yang berakhir Selasa (12 Jul) itu mendakwa kesemua mangsa diberikan ubat pelali jenis ketamine bagi menenangkan mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Mangsa gua Tham Luang diberi ubat pelali kuda?

Petikan daripada video yang menunjukkan kanak-kanak dijumpai terselamat dalam gua di utara Thailand. (Gambar: Tentera Laut Diraja Thailand)

Diterbitkan : 13 Jul 2018 09:34AM Dikemas Kini : 13 Jul 2018 09:39AM

BANGKOK: Mangsa yang terperangkap dalam gua Tham Luang di Chiang Rai, Thailand dilaporkan dikeluarkan dengan bantuan ubat pelali kuda.

Menurut laporan yang dipetik daripada portal Daily Mail, seorang penyelam rakyat Britain yang terlibat dalam operasi yang berakhir Selasa (12 Jul) itu mendakwa kesemua mangsa diberikan ubat pelali jenis ketamine bagi menenangkan mereka.

Ketamine merupakan sejenis sedatif yang digunakan antara lain ke atas haiwan bersaiz besar seperti kuda untuk melemahkannya.

Ia juga digunakan sebagai ubat penahan sakit di hospital selain dijadikan dadah rekreasi, lapor Astro Awani.

Menurut Astro Awani, pihak berkuasa Thailand dalam kenyataan sebelum ini menafikan penggunaan ubat pelali ketika operasi, malah mengesahkan kesemua mangsa dibawa keluar dalam keadaan sedar.

Namun Perdana Menteri Thailand Prayut Chan-o-Cha akhirnya mengaku bahawa mereka menggunakan ubat pelali antikeresahan jenis anxiolytic ketika proses mengeluarkan mangsa dari gua tersebut.

Ubat pelali digunakan kerana kesemua mangsa yang terperangkap itu tidak boleh berenang dan sekiranya ia tidak digunakan, risiko lemas akibat kekurangan oksigen adalah tinggi.

Menurutnya, ia juga bagi membantu mengurangkan rasa panik kesemua mangsa dan bagi memudahkan misi menyelamat yang menggunakan laluan bawah permukaan air, lapor Astro Awani.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan