Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mangsa Gua Tham Luang beri penghormatan terakhir kepada penyelam yang maut

12 budak lelaki dan jurulatih bola sepak yang diselamatkan dari Gua Tham Luang memberi penghormatan terakhir kepada penyelam Tentera Laut Diraja Thai yang maut semasa cuba menyelamatkan mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Jul 2018 06:10PM Dikemas Kini : 16 Jul 2018 10:17PM

CHIANG RAI: 12 budak lelaki dan jurulatih bola sepak yang diselamatkan dari Gua Tham Luang memberi penghormatan terakhir kepada penyelam Tentera Laut Diraja Thai yang maut semasa cuba menyelamatkan mereka.

Remaja-remaja itu hanya dimaklumkan tentang kematian penyelam berkenaan pada Sabtu lalu (14 Jul). Mereka kelihatan menangis apabila mendengar khabar itu.

Mereka kemudian memberi penghormatan dengan menulis mesej di lukisan mendiang Komander Leftenen Saman Gunan.

Saman Kunam yang sudah bersara, meninggal dunia semasa dalam perjalanan keluar dari gua Tham Luang selepas menghantar tangki-tangki oksigen pada sekitar 2.00 pagi hari Jumaat (6 Jul).

Beliau tidak sedarkan diri setelah menempatkan tangki-tangki oksigen di dalam kompleks gua. Rakan penyelamnya cuba memberinya bantuan pernafasan tetapi tidak berjaya. Encik Saman terus tidak sedarkan diri dan dihantar ke hospital di mana beliau meninggal dunia.

Para mangsa yang terperangkap dalam gua selama lebih dua minggu dijangka dibenarkan pulang pada Khamis ini (19 Jul).

Sumber : AFP/RU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan