Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mangsa buli dipujuk Captain Amerika, Justin Bieber & Katy Perry

"Saya sahaja ingin tahu, mengapa mereka membuli? Apa matlamat mereka? Mengapa mereka gemar mencari sasaran dan berlaku kejam terhadapnya? Ia tidak OK."

Anggaran Waktu Membaca:
Mangsa buli dipujuk Captain Amerika, Justin Bieber & Katy Perry

Keaton James. (Petikan skrin: NeoUnrealist/YouTube)

Diterbitkan : 13 Dec 2017 04:47PM Dikemas Kini : 14 Dec 2017 11:07PM

TENNESSEE: "Saya sahaja ingin tahu, mengapa mereka membuli? Apa matlamat mereka? Mengapa mereka gemar mencari sasaran dan berlaku kejam terhadapnya? Ia tidak OK."

Demikian kata-kata Keaton Jones dalam sebuah video viral di Facebook di mana murid Horace Maynard Middle School itu meluahkan perasaannya sebagai mangsa buli.

Dalam video yang dirakam ibunya, Kimberley Jones, kanak-kanak itu menceritakan nasib malangnya di sekolah, dibuli oleh pelajar-pelajar lain kerana hidungnya yang dikatakan buruk.

"Mereka yang berlainan tidak patut dikritik. Ia bukan salah mereka. Tetapi sekiranya anda yang menjadi mangsa, jangan biarkan ia menjejas anda. Saya rasa harus kuat. Ianya susah. Tetapi satu hari nanti ia akan menjadi lebih baik," kata Keaton, menurut laporan The Independent.

Video yang penuh emosi itu menarik perhatian ramai orang dengan serta-merta. Selepas Cik Jones memuat naiknya di Facebook Jumaat lalu (8 Dis), ia dikongsi lebih 369,000 kali dan ditonton hampir 20 juta orang menjelang hari Ahad itu (10 Dis).

Malah, The Independent melaporkan bahawa artis-artis Hollywood turut memberi respons kepada Keaton yang turut menyatakan bahawa dia tidak mempunyai kawan langsung.

Antara mereka adalah Chris Evan yang terkenal dengan wataknya sebagai Captain America. Beliau benar-benar menjadi wira dengan memberi kata-kata perangsang kepada mangsa buli itu.

Stay strong, Keaton. Don’t let them make you turn cold. I promise it gets better. While those punks at your school are deciding what kind of people they want to be in this world, how would you and your mom like to come to the Avengers premiere in LA next year? https://t.co/s1QwCQ3toi

— Chris Evans (@ChrisEvans) December 10, 2017

"Terus kekal kuat Keaton. Jangan biarkan mereka membuat anda sakit hati. Saya janji ia akan menjadi lebih baik," katanya. Lebih daripada itu, pelakon watak anggota The Avengers itu sempat mengundang kanak-kanak itu dan ibunya ke pelancaran tayangan filem berkenaan.

Selain Chris Evans, Justin Bieber dan Katy Perry juga memberi semangat kepada pelajar itu yang takut untuk makan di kantin sekolah setelah disimbah susu semasa waktu rehat menurut laporan The Independent.

"Hakikat bahawa dia tetap mempunyai simpati dan rasa kasihan terhadap orang lain meskipun dia sendiri adalah mangsa buli menunjukkan dirinya yang sebenar," kata Justin Bieber manakala Katy Perry pula menggesa orang ramai supaya "berbuat baik antara satu sama lain".

TIDAK KERAP BERLAKU

Sementara itu, guru besar sekolah mangsa, Encik Greg Clay mendakwa bahawa beliau tidak sedar bahawa Keaton merupakan mangsa buli sambil menambah bahawa insiden dalam video itu sudahpun ditangani beberapa minggu lalu.

"Ia tidak sekerap apa yang anda sangkakan," kata Encik Clay.

"Saya tidak boleh mendedahkan apa yang dilakukan tetapi saya boleh memberitahu anda bahawa tindakan sudahpun diambil atas pelajar-pelajar yang terlibat," tambahnya, menurut laporan USA Today.

Berdasarkan laporan USA Today lagi, sekolahnya mengadakan ceramah besar-besaran semalam (10 Dis) tentang gejala buli di kalangan pelajar tetapi media tidak dibenarkan hadir.

Guru besar berkenaan turut menegaskan bahawa sekolahnya sama sahaja seperti sekolah lain di mana buli merupakan salah satu masalah yang harus ditangani.

"Kami bersimpati terhadap Keaton dan sedang berusaha untuk melakukan apa jua supaya ia tidak berlaku lagi. Semua orang menonton video itu dan ianya dahsyat. Kami tidak ingin sesiapa pun rasa sebegitu. Keaton anak yang baik. Kami akan menjaganya," jelas Encik Clay.

Sumber : Agensi berita/SM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan