Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mangsa banjir kilat Kedah terus meningkat, kini 930 orang

Jumlah mangsa banjir kilat di beberapa tempat di Kedah hingga 8.00 pagi ini (17 Nov) meningkat kepada 930 orang berbanding 718 malam semalam (16 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Mangsa banjir kilat Kedah terus meningkat, kini 930 orang

Gambar: Info Kemalangan & Bencana Malaysia

Diterbitkan : 17 Nov 2017 12:45PM Dikemas Kini : 17 Nov 2017 02:41PM

ALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir kilat di beberapa tempat di Kedah hingga 8.00 pagi ini (17 Nov) meningkat kepada 930 orang berbanding 718 malam semalam (16 Nov).

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kubang Pasu Kapten (PA) Kamalruzamal Kasa berkata enam pusat pemindahan (PP) yang menempatkan 250 keluarga masih dibuka di Kubang Pasu dan Kota Setar.

Di mukim Jitra, tiga pusat dibuka di Dewan Kubur Siam yang menempatkan 222 mangsa, Dewan Tokong Cina (50) dan Dewan Jitra seramai 202 mangsa. 

Manakala jumlah mangsa banjir di PP Kampung Lahar dan Dewan Kampung Bata di Malau kekal, iaitu masing-masing 130 dan 278 mangsa.

Sementara itu, satu pusat pemindahan baru dibuka di Kota Setar pada 10.00 malam semalam di Surau Assyakirin, Kepala Batas yang menempatkan 48 mangsa daripada 13 keluarga.

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan