Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mangsa banjir Kelantan terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus menunjukkan peningkatan setakat 8.00 pagi ini (29 Nov) dengan 6,961 mangsa dipindahkan berbanding 5,016 orang setakat 9.00 malam tadi (28 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 Nov 2017 10:31AM Dikemas Kini : 30 Nov 2017 12:03AM

KELANTAN: Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus menunjukkan peningkatan setakat 8.00 pagi ini (29 Nov) dengan 6,961 mangsa dipindahkan berbanding 5,016 orang setakat 9.00 malam tadi (28 Nov).

Tumpat merupakan daerah terbaru dilanda bencana itu apabila 28 mangsa daripada enam keluarga dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini.

Setakat ini, 90 PPS dibuka di sembilan jajahan iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Bachok, Tanah Merah, Pasir Puteh, Kuala Krai, Machang dan Jeli.

Menurut aplikasi infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pasir Mas mencatat jumlah mangsa paling ramai iaitu 2,963 orang daripada 1,145 keluarga yang dipindahkan ke 34 PPS, diikuti Kota Bharu dengan 1,261 mangsa daripada 310 keluarga dipindahkan ke 11 PPS.

Menurut portal infobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas meningkat kepada 10.56 meter pada 8.00 pagi ini berbanding 10.44 meter pada 9.00 malam tadi. Paras bahaya ialah sembilan meter.

Hujan kadangkala lebat masih dilaporkan berlaku di beberapa kawasan di Kelantan malam tadi.

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan