Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mangsa banjir di Kelantan meningkat; lebih 400 orang dipindahkan

Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) meningkat kepada 449 mangsa pada 8.00 pagi tadi (27 Nov) berbanding 317 pada 9.30 malam semalam (26 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Mangsa banjir di Kelantan meningkat; lebih 400 orang dipindahkan

Gambar fail banjir di Kelantan. (Gambar: Facebook Hanya Di Kelate)

Diterbitkan : 27 Nov 2017 11:20AM Dikemas Kini : 27 Nov 2017 11:25AM

KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) meningkat kepada 449 mangsa pada 8.00 pagi tadi (27 Nov) berbanding 317 pada 9.30 malam semalam (26 Nov).

Ia berikutan hujan lebat berterusan sejak Sabtu (25 Nov) yang menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir.

Menurut aplikasi infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 98 mangsa daripada 21 keluarga ditempatkan di dua PPS iaitu di Islamic Outreach Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Kok Lanas dan Dewan Orang Ramai Pasar Melor di Kota Bharu.

Sementara itu, di Pasir Mas terdapat 50 mangsa daripada 15 keluarga ditempatkan di sebuah PPS iaitu Madrasah Haji Daud manakala di Tanah Merah, dua PPS dibuka iaitu Sekolah Kebangsaan Kelewek, Bukit Panau dan Madrasah Padang Kijang masing-masing melibatkan 39 dan 20 mangsa.

Di Pasir Puteh pula, 223 mangsa daripada 72 keluarga ditempatkan di tiga PPS melibatkan Sekolah Kebangsaan Kamil 1 (52 mangsa daripada 21 keluarga), SK Changgai (147 mangsa daripada 46 keluarga) dan SK Wakaf Raja (24 mangsa daripada lima keluarga).

Di Machang, seramai 10 mangsa membabitkan empat keluarga ditempatkan di tiga PPS iaitu Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Pei Hwa (empat), Madrasah Sungai Mas (lima) dan SK Pangkal Meleret (seorang).

Hingga kini, dilaporkan hujan renyai di seluruh negeri. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan