Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Manfaat vaksin COVID-19 AstraZeneca melebihi risiko, kata WHO

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjangkakan tiada sebab untuk mengubah penilaiannya bahawa manfaat vaksin AstraZeneca terhadap COVID-19 melebihi sebarang risiko.

Anggaran Waktu Membaca:
Manfaat vaksin COVID-19 AstraZeneca melebihi risiko, kata WHO

Lambang di luar sebuah bangunan WHO di Geneva, Switzerland (Gambar: REUTERS/Denis Balibouse)

Diterbitkan : 07 Apr 2021 08:19AM Dikemas Kini : 07 Apr 2021 08:20AM

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjangkakan tiada sebab untuk mengubah penilaiannya bahawa manfaat vaksin AstraZeneca terhadap COVID-19 melebihi sebarang risiko.

Demikian menurut pengarah badan pengawalan ubat-ubatannya pada Selasa (6 Apr).

WHO sedang meneliti data terbaru di samping pengawal selia dari Eropah dan negara-negara lain, menyusuli laporan-laporan tentang isu darah beku dalam kalangan mereka yang sudah menerima vaksin tersebut, menurut Pengarah agensi Pengawalan dan Prakelayakan WHO, Rogerio Gaspar.

Seorang pegawai kanan badan pengawalan ubat-ubatan Eropah mengatakan bahawa terdapat "kaitan" jelas antara vaksin COVID-19 AstraZeneca dengan darah beku pada bahagian otak yang amat jarang berlaku, meskipun puncanya masih belum diketahui.

Agensi Perubatan Eropah (EMAS) mengeluarkan satu kenyataan menyusuli komen-komen oleh Marco Cavaleri, pengerusi pasukan penilaian vaksin, bahawa ia masih menjalankan penilaian ke atas vaksin tersebut dan menjangkakan untuk mengumumkan dapatannya pada Rabu (7 Apr) atau Khamis (8 Apr).

Encik Gaspar berkata WHO menjangkakan akan mencapai penilaian terbaru pada Rabu atau Khamis, selepas kumpulan penasihat keselamatan vaksin pertubuhan itu sendiri bertemu. Namun beliau tidak percaya terdapat sebarang sebab untuk mengubah panduannya bahawa manfaat vaksin tersebut menjangkaui sebarang risiko.

"Apa yang kami boleh katakan adalah penilaian yang kami ada buat masa ini - dan ini di bawah pertimbangan para pakar - adalah bahawa penialaian manfaat-risiko bagi vaksin itu masih positif," kata beliau di sidang media di Geneva.

"Kami terus melihat sejumlah perisitiwa yang jarang berlaku mengaitkan trombositopenia kepada tromboembolik dan kejadian yang jarang berlaku itu kini dikategorikan dari segi disagnostik, penduduk, jumlah dalam kalangan penduduk," kata beliau.

WHO sudah berhubung dengan pelbagai jawatankuasa pakar nasional dan serantau yang akan memutuskan tentang status pengawalan vaksin itu, kata Encik Gaspar.

"Buat masa ini tiada bukti bahawa penilaian manfaat-risiko bagi vaksin itu perlu diubah," tambah beliau.

Sumber : Reuters/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan