Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Malaysia mula saringan COVID-19 terhadap pekerja warga asing 1 Dis

Bermula esok, majikan perlu melakukan saringan COVID-19 terhadap pekerja warga asing di beberapa kilang yang dikenal pasti oleh Kementerian Sumber Manusia, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Anggaran Waktu Membaca:
Malaysia mula saringan COVID-19 terhadap pekerja warga asing 1 Dis

Seorang penduduk di Malaysia jalani ujian swab COVID-19 pada 18 Nov 2020 (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 30 Nov 2020 07:26PM Dikemas Kini : 30 Nov 2020 07:28PM

KUALA LUMPUR: Bermula esok, majikan perlu melakukan saringan COVID-19 terhadap pekerja warga asing di beberapa kilang yang dikenal pasti oleh Kementerian Sumber Manusia, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Katanya sebagai permulaan, ujian itu tertumpu kepada kawasan berisiko tinggi di Selangor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sabah serta Labuan.

Beliau berkata syarikat yang terlibat perlu menyediakan Stesen Kuarantin (QS) serta Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) yang bersesuaian.

"Syarikat juga perlu menanggung kos pengurusan QS dan PKRC, saraan makan minum dan penginapan pekerja. Majikan juga perlu menyediakan pengangkutan bagi membawa pekerja ke QS dan PKRC serta menanggung kos saringan COVID-19 pekerja.

Jika pekerja positif  ujian Antigen Rapid Test Kid (RTK-Ag) dan tiada gejala, pekerja boleh ditempatkan di asrama pekerja yang disediakan oleh majikan dengan pengasingan daripada pekerja yang negatif RTK-Ag," katanya pada sidang media harian perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini (30 Nov).

Beliau berkata sekiranya keadaan asrama tidak bersesuaian, pekerja perlu ditempatkan di PKRC yang disediakan oleh majikan.

Dalam pada itu Encik Ismail Sabri berkata bagi pekerja didapati positif ujian RTK-Ag dan mempunyai gejala serius, mereka dimasukkan ke hospital manakala pekerja disahkan positif melalui ujian RT-PCR boleh terus ditempatkan di PKRC yang disediakan majikan atau dimasukkan ke hospital. 

"Pekerja positif ujian RTK-Ag dan mempunyai gelaja ringan, mereka ditempatkan di PKRC yang disediakan oleh pihak majikan.

Semua pesakit didiscaj perlu dipakaikan gelang pengawasan berwarna berlainan daripada warna gelang HSO (pelaksanaan perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah),” katanya.

Sementara itu, beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan  741 individu atas kesalahan ingkar arahan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan daripada jumlah itu 720 individu dikenakan kompaun dan selebihnya direman.

Sumber : Bernama/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan