Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Malaysia lapor 3,297 kes baru COVID-19, lagi 5 kematian

Kes baru COVID-19 yang direkodkan hari ini(21 Feb) meningkat kepada 3,297 kes berbanding 2,461 semalam dengan lima kematian.

Anggaran Waktu Membaca:
Malaysia lapor 3,297 kes baru COVID-19, lagi 5 kematian

Penduduk di Petaling Jaya, Malaysia jalani ujian swab COVID-19 pada 25 Jan 2021 (Gambar: Reuters/Lim Huey Teng)

Diterbitkan : 21 Feb 2021 08:00PM Dikemas Kini : 21 Feb 2021 08:02PM

KUALA LUMPUR: Kes baru COVID-19 yang direkodkan hari ini(21 Feb) meningkat kepada 3,297 kes berbanding 2,461 semalam dengan lima kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 3,291 daripada jumlah kes baru hari ini adalah penularan dalam negara melibatkan 1,402 warganegara dan 1,889 bukan warganegara manakala enam adalah kes import menjadikan jumlah kumulatif kini adalah 283,569 kes.  

Beliau berkata bagaimanapun kes sembuh yang dicatatkan dalam negara masih tinggi iaitu 4,456 kes menjadikan jumlah kumulatif sembuh adalah 249,209. 

“Sebanyak lima kematian COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif adalah 1,056 kes manakala 209 kes pula dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 91 memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam satu kenyataan mengenai perkembangan COVID-19.

Dr Noor Hisham berkata kes kematian hari ini melibatkan masing-masing dua kes di  Selangor dan Terengganu serta satu kes di Kuala Lumpur yang berumur antara 29 hingga 82 tahun.

Beliau memaklumkan Perak melaporkan kes harian baru tertinggi dengan 1,215 kes yang berpunca daripada pertambahan kes bagi Kluster Jalan Changkat Jong iaitu kluster tempat kerja yang melaporkan kes sebanyak 1,046 kes (86.1 peratus), diikuti Selangor (868 kes) dan Johor (431 kes).

Mengenai kluster baru, beliau berkata enam kluster dikenal pasti dengan kesemuanya melibatkan tempat kerja, menjadikan jumlah kluster aktif kini 510. 

Lima daripada kluster baharu dilaporkan di Johor manakala Perusahaan Baru dilaporkan di Pulau Pinang. 

Sumber : Bernama/SU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan