Images
  • muhyiddin
    Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Muhyiddin Yassin. (Gambar fail: Olivia Harris/Reuters)

Malaysia, Indonesia cari huraian isu pencerobohan nelayan

Malaysia dan Indonesia memandang serius isu pencerobohan nelayan terhadap persempadanan perairan antara dua negara itu selain berusaha untuk mencari jalan penyelesaian bagi menangani isu berkenaan, lapor Astro Awani.

Menteri Dalam Negeri Malaysia Muhyiddin Yassin dalam satu pertemuan kunjungan hormat bersama Menteri Kelautan dan Perikanan Indonesia Susi Pudjiastuti di Parlimen berkata bagaimanapun perkara itu tidak sama sekali menjejaskan hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia.

"Kami telah bincang beberapa isu yang telah berbangkit tentang kes-kes di laut dan minta pertimbangan ibu menteri untuk meneliti.

"Kami bincang perkara yang ada kepentingan bersama dalam menguruskan kelautan bagaimana untuk membantu nelayan supaya lebih selamat dan terpelihara daripada gangguan dan sebagainya.

"Secara umumnya, kita tiada masalah besar antara kedua-dua buah negara dan sudah ada MoU (Memorandum Persefahaman) yang dimeterai dulu tentang cara bagaimana kita boleh kerjasama untuk elak sebarang kirisis dan setakat ini berjalan dengan baik," katanya selepas sesi pertemuan itu, menurut Astro Awani.

Menurut laporan Astro Awani, baru-baru ini, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah bot nelayan Indonesia bersama seorang tekong dan enam awak-awak yang menceroboh perairan negara pada kedudukan 28 batu nautika dari tenggara Pulau Jarak, Lumut, Perak.

- Agensi berita/ZM/zm

Top