Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Malaysia harap dapat kebenaran eksport 'Musang King' ke China

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia menjangkakan kebenaran eksport buah durian segar 'Musang King' ke China, pasaran durian terbesar dunia, bakal diperolehi pada tahun depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Malaysia harap dapat kebenaran eksport 'Musang King' ke China

Gambar: AFP

Diterbitkan : 18 Jun 2018 02:47PM Dikemas Kini : 18 Jun 2018 04:22PM

BANGKOK: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia menjangkakan kebenaran eksport buah durian segar 'Musang King' ke China, pasaran durian terbesar dunia, bakal diperolehi pada tahun depan.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Mohd Salehhuddin Hassan berkata, rundingan dengan pemerintah China untuk membolehkan 'Musang King' dijual secara segar di negara itu berjalan dengan positif.

"Kita telah memenuhi apa yang diminta dari segi aspek 'fruit safety and security." Kita jangkakan kebenaran akan diperolehi tahun depan," katanya kepada Bernama.

Beliau ditemui ketika menghadiri promosi 'Durian Fiesta' di kedutaan Malaysia sempena perolehan kebenaran eksport buah segar 'Musang King' Malaysia ke pasaran Thailand.

Menurut Encik Salehhuddin, pada ketika ini, durian 'Musang King' tidak boleh dieksport ke China dalam bentuk buah segar, tetapi hanya boleh dibawa masuk dalam bentuk isi dan sejuk beku.   

Permintaan terhadap durian 'Musang King' adalah amat tinggi daripada peminat buah-buahan di China sehingga menyebabkan harga raja durian Malaysia itu mencecah sehingga RM300 (S$100) sekilogram.  

Permintaan tinggi itu menyebabkan sesetengah penjual di negara itu melabel durian daripada Thailand sebagai 'Musang King' bagi mengeksploitasi harga tinggi durian Malaysia, katanya.

Bancian Jabatan Pertanian tiga bulan lalu mendapati bahawa Malaysia memiliki kira-kira 500,000 pokok durian 'Musang King' yang sudah matang, dengan sebahagian besarnya ditanam di Raub dan Bentong.

Pada ketika ini katanya, semakin banyak pihak swasta memulakan penanaman pokok durian 'Musang King' dengan jumlah kawasan penanaman mencecah ratusan ekar.

Peningkatan bilangan penanam durian 'Musang King' di Malaysia katanya, memerlukan kementerian berusaha keras untuk memperolehi segera kebenaran eksport durian itu ke pasaran China. 

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan