Malaysia catat lebih 1,100 kes baru COVID-19, lagi 4 kematian
Malaysia mencatatkan 1,139 kes baru COVID-19 hari ini (7 Apr) dengan empat kematian, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan 1,139 kes baru COVID-19 hari ini (7 Apr) dengan empat kematian, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Menerusi hantaran di Twitter, beliau memaklumkan daripada jumlah itu, 1,126 membabitkan penularan tempatan manakala 13 lagi adalah kes import.
Beliau juga berkata kes sembuh pula sebanyak 1,199 menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh daripada COVID-19 sebanyak 339,067.
Pada masa ini, terdapat 194 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 86 memerlukan bantuan pernafasan, katanya.
Dr Noor Hisham berkata tiga negeri mencatatkan kes baru tertinggi iaitu Sarawak dengan 332 kes, diikuti Selangor (294) dan Johor (102).
Sementara itu, beliau berkata 10 kluster baru dikenal pasti melibatkan enam kluster tempat kerja, dua kluster komuniti, serta masing-masing satu kluster pusat tahanan dan import.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.