Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Malaysia boleh jadi Colombia jika dadah tidak dibanteras - Ketua Polis Negara

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan aktiviti penyalahgunaan, penyeludupan dan pemprosesan dadah di negara itu berada pada tahap membimbangkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Malaysia boleh jadi Colombia jika dadah tidak dibanteras - Ketua Polis Negara

Gambar Hiasan.

Diterbitkan : 29 Jul 2019 08:48PM Dikemas Kini : 29 Jul 2019 09:02PM

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan aktiviti penyalahgunaan, penyeludupan dan pemprosesan dadah di negara itu berada pada tahap membimbangkan.

Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador, berkata sekiranya kegiatan itu tidak dibanteras, tidak mustahil pada masa akan datang Malaysia mampu mencapai taraf seperti Colombia selaku negara pembekal dadah terbesar dunia.

“Masalah dadah ini amat serius dan semakin membimbangkan kerana berdasarkan rekod, dadah jenis Eramin 5 dan syabu dikesan diproses di kilang lama, kawasan terpencil," menurut Encik Abdul Hamid seperti dinukil Malaymail.

“Sindiket juga semakin berani membuat makmal pemprosesan mini di kawasan rumah teres sehingga mampu menghasilkan beratus kilogram dadah."

Beliau juga menyatakan rasa sedih dengan pembabitan kira-kira 30 pegawai dan anggotanya sejak Januari tahun ini dalam penyalahgunaan dadah sedangkan mereka seharusnya bertanggungjawab memerangi kegiatan berkenaan.

“Mereka seharusnya bertanggungjawab memerangi kegiatan ini, sebaliknya mereka sendiri yang terbabit dan khayal dengan dadah, justeru tindakan tegas dikenakan terhadap mereka,” katanya.

Encik Abdul Hamid berkata sejak beberapa bulan lalu Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik melipatgandakan usaha mereka memerangi aktiviti berkaitan dadah termasuk melakukan serbuan dan operasi di Langkawi.

Selain itu, PDRM juga turut bekerjasama dengan rakan di negara jiran dalam membincang dan memperincikan langkah-langkah terkini membanteras penyeludupan dadah antara negara.

“Di Malaysia, polis memerlukan pendekatan holistik dalam menangani isu ini kerana sekiranya melakukan serbuan ia masih tidak memadai dan kalau kita tidak bertindak sekarang, negara kita akan hancur.

“Kita berharap kerajaan dapat memberikan sesuatu tindakan yang ‘lebih keras’ kepada kami dalam membanteras sindiket berkaitan dadah ini,” katanya.

Tindakan lebih keras itu dipercayai merujuk kepada undang-undang yang lebih tegas dalam melawan sindiket pengedaran dadah.

Sumber : CNA/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan