Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Malaysia akan selesai masalah dengan Korea Utara: Mahathir

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia bersedia untuk menyelesaikan masalahnya dengan Korea Utara berikutan pembunuhan berprofil tinggi Kim Jong Nam, abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong Un di Malaysia.

Anggaran Waktu Membaca:
Malaysia akan selesai masalah dengan Korea Utara: Mahathir

Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad. (Gambar fail: Lillian Suwanrumpha/AFP)

Diterbitkan : 13 Feb 2019 08:25AM Dikemas Kini : 13 Feb 2019 08:31AM

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia bersedia untuk menyelesaikan masalahnya dengan Korea Utara berikutan pembunuhan berprofil tinggi Kim Jong Nam, abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong Un di Malaysia.

“Malaysia akan menyelesaikan masalahnya dengan Korea Utara kemudian,” kata beliau selepas menyerahkan kad keahlian Bersatu kepada enam bekas anggota Parlimen yang keluar UMNO di Yayasan Kepimpinan Perdana semalam (12 Feb).

Dr Mahathir yang juga pengerusi Bersatu berkata demikian ketika menjawab soalan sama ada Malaysia menganggap sidang puncak kedua antara pemimpin Amerika Syarikat dan Korea Utara sebagai perkembangan positif untuk membuka semula kedutaannya di Pyongyang.

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump baru-baru ini mengumumkan bahawa sidang kemuncaknya yang kedua dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un akan diadakan di Hanoi, Vietnam, pada 27 dan 28 Feb.

Pembunuhan Jong Nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 2017 mencetuskan perbalahan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara. Menurut laporan sebelum ini, Kedutaan Besar Malaysia di Pyongyang tidak mempunyai kakitangan sejak April 2017.

Dalam temu bual dengan Nikkei Asian Review tahun lepas, Dr Mahathir dilaporkan berkata bahawa Malaysia akan membuka semula kedutaannya di Pyongyong dan mungkin menjalin semula hubungannya dengan Korea Utara.

Dr Mahathir berkata Malaysia tidak mahu berkonfrontasi dan berkonflik dengan mana-mana negara.

"Sebarang percubaan oleh mana-mana negara untuk bekerjasama dengan Malaysia adalah dialu-alukan," kata beliau.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan