Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Malaysia Airlines tawar diskaun 40 peratus untuk Kelas Perniagaan

Syarikat penerbangan Malaysia Airlines menawarkan diskaun sehingga 40 peratus bagi tambang Kelas Perniagaan untuk destinasi domestik dan antarabangsa.

Anggaran Waktu Membaca:
Malaysia Airlines tawar diskaun 40 peratus untuk Kelas Perniagaan

Gambar fail logo Malaysia Airlines. (Gambar: Greg Wood/AFP)

Diterbitkan : 19 Feb 2020 09:03PM Dikemas Kini : 19 Feb 2020 09:09PM

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan Malaysia Airlines menawarkan diskaun sehingga 40 peratus bagi tambang Kelas Perniagaan untuk destinasi domestik dan antarabangsa.

Promosi istimewa itu bermula dari sekarang dan berakhir pada 2 Mac, membabitkan perjalanan serta merta sehingga 31 Jan 2021, katanya dalam satu kenyataan hari ini (19 Feb).

Kelas perniagaan Malaysia Airlines menawarkan kaunter daftar masuk yang eksklusif, keutamaan dalam bagasi termasuk akses kepada Golden Lounge, antara lain.

Untuk destinasi domestik, syarikat penerbangan itu menawarkan tambang sehala semua dalam satu bermula daripada RM299 (S$100), penerbangan ke Singapura daripada RM499 (S$167), Phuket hanya RM549 (S$183), Bangkok sebanyak RM599 (S$200) dan Surabaya berjumlah RM659 (S$220).

Sementara itu, promosi ini juga termasuk penerbangan ke destinasi antarabangsa seperti Beijing, dengan tambang bermula daripada RM2,799 (S$936), Delhi daripada RM3,199 (S$1,069), Seoul hanya RM3,399 (S$1,136), Auckland daripada RM10,299 (S$3,444) dan London sebanyak RM12,999 (S$4,347).

Pelanggan juga boleh mengambil kesempatan daripada diskaun tambahan sebanyak lima peratus apabila mereka membeli tiket dengan menggunakan kad Maybank melalui penggunaan kod promo BIZ4MAYBANK.

Mereka juga boleh memilih 'Fly Now' Malaysia Airlines, pelan bayar kemudian dengan kad kredit Maybank dan Public Bank, yang membolehkan pelanggan untuk membayar tambang secara ansuran dengan kaedah sifar dalam tempoh enam atau 12 bulan.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan