Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Malaysia Airlines mohon maaf selepas penerbangan ke Auckland dibatalkan 2 kali

Malaysia Airlines (MAS) pada Selasa (7 Jan) memohon maaf kepada para penumpangnya setelah membatalkan dua percubaan sebuah pesawat untuk berlepas bagi penerbangan menuju ke Auckland.

Anggaran Waktu Membaca:
Malaysia Airlines mohon maaf selepas penerbangan ke Auckland dibatalkan 2 kali

Pesawat-pesawat Malaysia Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. (Gambar fail: Reuters/Olivia Harris)

Diterbitkan : 08 Jan 2020 08:47AM Dikemas Kini : 08 Jan 2020 08:48AM

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) pada Selasa (7 Jan) memohon maaf kepada para penumpangnya setelah membatalkan dua percubaan sebuah pesawat untuk berlepas bagi penerbangan menuju ke Auckland.

Pesawat MH145 dijadual berlepas dari Kuala Lumpur ke New Zealand pada hari pertama Tahun Baru pada 8.45 malam apabila insiden itu berlaku.

"Penerbangan tersebut dijadual semula dua kali akibat isu teknikal luar jangkaan melibatkan sistem pesawat," menurut MAS dalam kiriman emel kepada Mediacorp.

"Demi keselamatan, juruterbang memutuskan untuk membatalkan keberangkatan semasa kelajuan rendah," tambahnya lagi.

Menurut penumpang Serjit Singh, penerbangan pertama berlepas mengikut jadual dan sedang bergerak "laju" di landasan. Namun pesawat itu kemudian terhenti secara tiba-tiba sejurus sebelum ia terbang, menurut laman berita New Zealand, Stuff.

Menurut Encik Singh, pesawat itu kemudian meluncur di landasan, menyebabkan para penumpangnya tersengguk.

"Saya ingat kami sudah tiada harapan," kata beliau.

Penerbangan itu kemudian dijadual semula untuk keesokan harinya menggunakan pesawat yang sama.

Menurut Encik Singh, ketua pramugari memberitahu beliau supaya jangan khuatir dan "kita akan sampai di Auckland dengan selamat", menurut laporan New Zealand Herald.

Namun menurut Encik Singh, apabila pesawat mula meningkatkan kelajuan untuk berlepas, ia sekali lagi terhenti.

"Saya sangat terkejut. Isu yang serupa sepatutnya sudah ditangani namun belum dilaksanakan dan ini membahayakan nyawa semua penumpang dan anak kapal," kata beliau.

MAS menyatakan pesawat MH145D akhirnya berlepas dari Kuala Lumpur sekitar 3.00 petang pada 2 Jan dan tiba di Auckland pada sekitar 6.30 pagi keesokan harinya.

"Penginapan hotel, makanan dan pengangkutan sudah diuruskan bagi semua penumpang terjejas manakala sesetengah penumpang dipindahkan ke penerbangan lain,” tambah MAS.

"Keselamatan sentiasa menjadi keutamaan Malaysia Airlines dan kami menyesali atas sebarang kesulitan yang dialami para penumpang," menurut syarikat itu lagi.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan