Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Malaysia Airlines hidang menu diraja Perlis sempena Hari Raya

Malaysia Airlines akan menghidangkan menu diraja Perlis istimewa dalam penerbangan terpilih mulai 15 hingga 17 Jun sempena sambutan Aidilfitri.

Anggaran Waktu Membaca:
Malaysia Airlines hidang menu diraja Perlis sempena Hari Raya

Menu istimewa khas Hari Raya di Malaysia Airlines. (Gambar: Malaysia Airlines)

Diterbitkan : 13 Jun 2018 03:59PM Dikemas Kini : 13 Jun 2018 04:03PM

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines akan menghidangkan menu diraja Perlis istimewa dalam penerbangan terpilih mulai 15 hingga 17 Jun sempena sambutan Aidilfitri.

Dalam satu kenyataan semalam (12 Jun), syarikat penerbangan itu menyatakan bahawa menu oleh Raja Muda Perlis Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan isteri, Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil adalah sebahagian daripada inisiatif Terbaik Malaysia oleh syarikat penerbangan berkenaan di mana ia memperkenalkan makanan asli dan tradisional Malaysia dalam penerbangan dan di lapangan.

“Kurma Daging Perlis akan dihidang kepada penumpang Kelas Pertama dan Kelas Perniagaan di MH2 dan MH4 dari Kuala Lumpur ke London serta Kelas Perniagaan dalam MH150 dari Kuala Lumpur ke Jeddah, dan MH112 dan MH196 dari Kuala Lumpur ke Dhaka.

"Penumpang Kelas Perniagaan yang terbang dari Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak dan destinasi ASEAN juga akan menikmati hidangan tersebut," katanya.

Malaysia Airlines selanjutnya menyatakan bahawa resipi itu adalah kegemaran Istana Arau, kediaman rasmi keluarga diraja Perlis.

Penumpang Kelas Ekonomi yang terbang di laluan terbabit juga boleh menikmati Kurma Ayam Perlis, yang mempunyai resipi yang sama tetapi dengan ayam dan bukannya daging lembu. Kedua-dua hidangan berkenaan boleh didapati pada tiga hari pertama Aidilfitri.

PENUMPANG DINASIHATI SUPAYA TIBA LEBIH AWAL

"Menjelang cuti hari raya, Malaysia Airlines ingin menasihati penumpang untuk tiba lebih awal di KLIA.

"Mereka yang membuat perjalanan pada hari raya ini digalakkan tiba tiga jam lebih awal sebelum waktu berlepas bagi mengelak kesesakan.

"Penumpang juga boleh mendaftar masuk 48 jam sebelum penerbangan mereka melalui daftar masuk web di www.malaysiaairlines.com atau MHmobile," tambah kenyataan itu. 

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan