Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Makmal UK digantung setelah hasilkan negatif palsu COVID-19

Sebuah makmal ujian COVID-19 di bahagian tengah England, digantung atas kebimbangan memberikan keputusan ujian PCR negatif yang salah kepada individu yang dijangkiti, kata Agensi Keselamatan Kesihatan UK (UKSHA) pada Jumaat (15 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Makmal UK digantung setelah hasilkan negatif palsu COVID-19

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 15 Oct 2021 10:34PM Dikemas Kini : 15 Oct 2021 10:40PM

LONDON: Sebuah makmal ujian COVID-19 di bahagian tengah England, digantung atas kebimbangan memberikan keputusan ujian PCR negatif yang salah kepada individu yang dijangkiti, kata Agensi Keselamatan Kesihatan UK (UKSHA) pada Jumaat (15 Okt).

Perkhidmatan Kesihatan Nasional Britain (NHS), melancarkan siasatan ke atas makmal di Wolverhampton itu selepas mendapat laporan bahawa penduduk menerima keputusan ujian PCR negatif setelah diuji positif pada alat aliran lateral pantas (LFD).

Menurut makluman kerajaan ujian PCR adalah lebih tepat daripada LFD, dan seseorang boleh berhenti mengasingkan diri jika hasil LFD positif disusuli dengan hasil ujian PCR negatif.

UKSHA menyatakan sekitar 43,000 orang mungkin diberi keputusan ujian PCR negatif yang salah, terutama di barat daya England, yang mungkin bermakna jumlah sebenar orang yang dijangkiti koronavirus antara 8 September dengan 12 Oktober kurang dilaporkan.

"Kami segera menghentikan ujian di makmal ini sementara meneruskan siasatan," kata Dr Will Welfare, Pengarah Insiden Kesihatan Awam di UKSHA.

"Tiada bukti adanya kerosakan pada alat ujian LFD atau PCR sendiri dan orang ramai perlu terus yakin menggunakannya dan khidmat makmal lain yang disediakan sekarang."

Immensa Health Clinic, yang mengendalikan makmal tersebut, menyatakan pihaknya "bekerjasama penuh" dengan UKSHA dalam siasatan itu.

UKSHA menyatakan kejadian itu adalah satu insiden terpencil di sebuah makmal, dengan sampel sekarang dihantar ke makmal lain, dan keupayaan ujian secara keseluruhan tidak terjejas.

Namun sebilangan saintis menimbulkan kebimbangan bahawa hasil negatif yang salah mungkin menyumbang kepada penularan jangkitan, yang kini berada pada tahap tertinggi sejak Julai.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan