Makanan Melayu 'vegetarian'? Peniaga ini cuba teroka
Hidangan vegetarian Cina dan India lazim didengar namun belum ada makanan Melayu yang berasaskan vegetarian dan inilah yang cuba diketengahkan oleh sebuah persatuan menerusi satu pesta makanan George Town, Pulau Pinang.
GEORGE TOWN: Hidangan vegetarian Cina dan India lazim didengar namun belum ada makanan Melayu yang berasaskan vegetarian dan inilah yang cuba diketengahkan oleh sebuah persatuan menerusi satu pesta makanan George Town, Pulau Pinang.
Naib Presiden Persatuan Vegetarian Malaysia MH Pisu berkata terdapat banyak permintaan terhadap makanan Melayu dalam kalangan rakyat Malaysia serta pelancong asing.
“Kita mempunyai makanan mesra vegan yang terdiri daripada makanan Cina, India serta gabungan makanan budaya lain yang sesuai untuk vegetarian tetapi makanan Melayu yang mesra vegan merupakan konsep yang masih baharu,” katanya di Pesta Kebajikan Hari Tanpa Daging 2019 hari ini (1 Dis).
Beliau menambah mempromosikan makanan Melayu yang mesra vegan mampu menarik pelancong asing datang ke Malaysia.
“Sekiranya hanya satu peratus daripada lapan juta vegetarian yang ada di seluruh dunia melawat Pulau Pinang sebagai syurga makanan, ia amat mengagumkan,” ujarnya.
Sebanyak 40 gerai yang menjual pelbagai makanan vegetarian mengambil bahagian dalam pesta itu.
Ini termasuk sebuah gerai yang menyediakan makanan vegetarian Melayu termasuk nasi lemak, roti jala tanpa telur bersama kari kentang, kuih lopes dan karipap.
Pemilik gerai, Encik Faisal Mansor, berkata ini merupakan kali pertama beliau mengambil bahagian dan konsep makanan vegetarian Melayu merupakan sesuatu di luar kebiasaan.
Beliau berkata keluarganya menjalankan perkhidmatan katering masakan rumah dan idea menguji makanan Melayu berkonsepkan vegetarian adalah bagi menembusi potensi pasaran golongan vegetarian termasuk rakyat asing.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.