Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Majlis Ulama Indonesia rancang jadikan 1,000 masjid mesra alam

Majlis Ulama Indonesia yang menyifatkan masalah alam sekitar sebagai satu "krisis akhlak" kini merancang menjadikan 1,000 masjid yang mesra alam menjelang 2020.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Dec 2017 07:38PM Dikemas Kini : 30 Dec 2017 09:48PM

INDONESIA: Majlis Ulama Indonesia yang menyifatkan masalah alam sekitar sebagai satu "krisis akhlak" kini merancang menjadikan 1,000 masjid yang mesra alam menjelang 2020.

Masjid Az-Zikra di Bogor, Jawa Barat merupakan salah satu daripada dua buah masjid di Indonesia, yang sedang diuji cuba di bawah program masjid mesra alam, sejak tiga tahun lalu.

Ia bertujuan dijadikan model bagi masjid-masjid lain seperti cara ia mengumpulkan air hujan daripada bumbung yang kemudian disimpan untuk para jemaah mengambil wudhu.

Masjid ini juga sudah melaburkan lebih AS$2,000 (S$2,670) bagi satu unit biogas di bawah tanah.

Ia merawat sisa organik dan diubah menjadi gas yang boleh digunakan untuk memasak.

Majlis Ulama Indonesia percaya masjid adalah dalam kedudukan terbaik untuk mendidik para jemaah memupuk kesedaran tentang alam sekitar.

Semua masjid di Indonesia juga digalak bersaing untuk menjadi yang paling mesra alam. 

Sumber : Agensi berita/AA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan