Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Majlis Penasihat Kerajaan M'sia saran semak dasar Bumiputera

Majlis Penasihat Kerajaan Malaysia (CEP) menyarankan semakan terhadap dasar Bumiputera negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Aug 2018 08:23PM Dikemas Kini : 21 Aug 2018 09:32PM

MALAYSIA: Majlis Penasihat Kerajaan Malaysia (CEP) menyarankan semakan terhadap dasar Bumiputera negara itu.

Pengerusi Majlis tersebut, Encik Daim Zainuddin berkata sebarang program yang dicadangkan dan dibangunkan seharusnya tidak menjejas pertumbuhan ekonomi atau mengorbankan kumpulan-kumpulan sosial yang lain.

Encik Daim Zainuddin berkata laporan mengandungi cadangan-cadangan oleh CEP akan diserahkan kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad apabila beliau pulang dari China.

CEP ditubuhkan pada 12 Mei lalu untuk memberikan nasihat kepada Kerajaan berhubung perkara-perkara membabitkan sosio-ekonomi dan kewangan.

Encik Daim mengadakan sidang media selepas selesai mandat 100 hari majlis tersebut semalam (20 Ogos).

Satu daripada cadangan utama oleh CEP adalah bagaimana untuk membangunkan ekonomi yang inklusif dan mampan.

Semakan itu, jika diluluskan kerajaan dijangka bermatlamat merangsang ekonomi dan pembaharuan beberapa dasar.

Dasar Bumiputera diperkenalkan pada tahun 1971, bagi meningkatkan status sosial kaum Melayu dan pribumi melalui beberapa keistimewaan yang diberikan.

Golongan pengkritik membidas dasar itu sebagai menghambat persaingan kerana bantuan diberikan berdasarkan etnik dan bukannya merit.

Encik Daim menekankan peranan CEP adalah sebagai penasihat dan terpulanglah kepada kabinet untuk menerima saranan-saranan yang dikemukakan.

Cadangan tersebut katanya bukan untuk menghapuskan dasar Bumiputera tetapi menjadikannya lebih bersaing tanpa menjejas ekonomi.

Dan beliau berharap kerajaan Pakatan Harapan akan pastikan keputusan yang dibuat "adalah tepat kali ini". 

Sumber : Agensi berita/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan