Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Majlis Keselamatan PBB zahir 'keprihatinan mendalam' terhadap rampasan kuasa Myanmar

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis (4 Feb) menzahirkan 'kebimbangan mendalam' terhadap rampasan kuasa oleh tentera di Myanmar, sekali gus menggesa semua tahanan dibebaskan, termasuk Cik Aung San Suu Kyi.

Anggaran Waktu Membaca:
Majlis Keselamatan PBB zahir 'keprihatinan mendalam' terhadap rampasan kuasa Myanmar

(Gambar: REUTERS/Jorge Silva)

Diterbitkan : 05 Feb 2021 04:03PM Dikemas Kini : 05 Feb 2021 04:10PM

NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis (4 Feb) menzahirkan 'kebimbangan mendalam' terhadap rampasan kuasa oleh tentera di Myanmar, sekali gus menggesa semua tahanan dibebaskan, termasuk Cik Aung San Suu Kyi.

Desakan itu disuarakan dalam satu kenyataan ditulis United Kingdom, namun ia tidak lagi mengutuk insiden tesebut sebagaimana dibayangkan dalam draf pertama ketika mesyuarat kecemasan pada Selasa lalu.

Para diplomat memaklumkan, China dan Rusia yang memiliki kuasa veto serta merupakan penyokong utama Myanmar di PBB, telah meminta lebih masa untuk memperhalusi tindak balas majlis itu.

Kenyataan itu turut menyokong supaya dialog dan proses demokratik dikembalikan di Myanmar yang menyaksikan pihak tentera menahan sejumlah pemimpin awam, termasuk Cik Aung San Suu Kyi.

"Lebih baik sekurang-kurangnya mempunyai kenyataan daripada tiada langsung," kata seorang diplomat sambil mendakwa rundingan dengan China berhubung perkara itu adalah sukar sejak Selasa lalu.

Kepimpinan komunis China itu mengambil pendekatan berlembut terhadap rampasan kuasa itu.

Beijing sebaliknya menyeru semua pihak di Myanmar agar 'menyelesaikan perselisihan mereka', manakala agensi berita rasmi Xinhua pada Isnin lalu pula menyifatkan rampasan kuasa itu sebagai 'rombakan Kabinet besar-besaran'.

Sementara itu Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, menggesa demokrasi dikembalikan segera di Myanmar.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, dan Kesatuan Eropah serta Australia adalah antara yang mengutuk rampasan kuasa itu.

Tentera Myanmar mengesahkan rampasan kuasa itu dengan mendakwa berlaku penipuan dalam pilihan raya, kira-kira tiga bulan lalu, yang menyaksikan parti NLD pimpinan Aung San Suu Kyi meraih kemenangan besar.

Susulan itu, pihak tentera mengisytiharkan darurat selama setahun, selain mendakwa akan mengadakan pilihan raya baru.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : AFP/NA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan