Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Majlis Keselamatan PBB adakan sidang tergempar susulan pelancaran peluru berpandu Korea Utara

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bakal bersidang untuk membincangkan pelancaran peluru berpandu terbaru Korea Utara.

Anggaran Waktu Membaca:
Majlis Keselamatan PBB adakan sidang tergempar susulan pelancaran peluru berpandu Korea Utara

Gambar fail sebuah mesyuarat Majlis Keselamatan PBB. (Gambar: DON EMMERT/AFP)

Diterbitkan : 29 Nov 2017 10:28AM Dikemas Kini : 29 Nov 2017 10:31AM

NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bakal bersidang untuk membincangkan pelancaran peluru berpandu terbaru Korea Utara.

Amerika Syarikat (AS), Jepun dan Korea Selatan mengambil langkah segera dengan memohon untuk mengadakan mesyuarat bagi membincangkan tindakan Pyongyang melancarkan Peluru Berpandu Balistik Rentas Benua (ICBM) awal pagi ini, (29 Nov).

Anggota majlis bakal mengadakan pertemuan dalam sesi terbuka bermula jam 4.30 petang waktu tempatan (5.30 pagi hari Khamis waktu Singapura).

Badan dunia itu sudah dijadualkan untuk membincangkan kemajuan pelaksanaan tiga pusingan baru sekatan yang bertujuan untuk mengekang program ketenteraan Pyongyang.

Sejak November tahun lalu, majlis tersebut sudahpun melarang eksport arang batu, besi, plumbum, tekstil dan makanan laut, menyekat usaha sama dan menyenarai hitam entiti-entiti Korea Utara sebagai respons kepada ujian peluru berpandu dan nuklear negara itu.

Pelancaran ICBM pada Rabu merupakan yang terbaru dalam tempoh dua bulan dan ternyata mengecewakan harapan beberapa diplomat yang membuka pintu untuk mengadakan rundingan.

Ia juga adalah kejayaan ujian ICBM kali ketiga Korea Utara yang dikatakan mampu menjangkau benua AS meskipun para pakar mengatakan Pyongyang masih belum menguasai sepenuhnya teknologi itu.

Pentagon melaporkan hasil penilaian awal menunjukkan ICBM terbang pada jarak 1,000 kilometer.

Setiausaha Negara AS, Rex Tillerson, hari ini turut menggesa masyarakat antarabangsa mengambil langkah baru untuk menekan Pyongyang menghentikan program pembangunan senjata nuklear.

Ini termasuk memperketatkan lagi sekatan, antara lain dengan membenarkan negara-negara lain untuk menyekat kapal-kapal yang mengangkut barangan dari dan ke Korea Utara.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan