Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Majlis angkat sumpah MB Kedah 3 petang ini

Majlis Pelantikan dan Angkat Sumpah MenteriBesar Kedah yang sepatutnya dijadualkan semalam (10 Mei), akan berlangsung pada 3.00 petang ini (11 Mei) di Istana Anak Bukit. 

Anggaran Waktu Membaca:
Majlis angkat sumpah MB Kedah 3 petang ini

Istana Anak Bukit. (Gambar: Street Directory)

Diterbitkan : 11 May 2018 02:26PM Dikemas Kini : 11 May 2018 02:34PM

ALOR SETAR: Majlis Pelantikan dan Angkat Sumpah Menteri Besar Kedah yang sepatutnya dijadualkan semalam (10 Mei), akan berlangsung pada 3.00 petang ini (11 Mei) di Istana Anak Bukit. 

Menurut jemputan rasmi yang dikeluarkan pihak kerajaan negeri, istiadat itu akan diadakan di Balairung Seri Kecil setelah mendapat perkenan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah. 

Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang maklumat mengenai parti mana yang akan membentuk kerajaan negeri. 

Pembentukan kerajaan negeri Kedah tergantung selepas tiada mana-mana parti atau pakatan pun yang mendapat majoriti mudah yang diperlukan iaitu 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 Rabu lepas (9 Mei), Pakatan Harapan yang diketuai bekas menteri besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir telah menguasai 18 daripada 36 kerusi DUN. 

Barisan Nasional pula hanya memenangi tiga kerusi manakala PAS memperoleh 15 kerusi.

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan