Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Majikan dijangka hilang RM600 juta dek kakitangan keluar mengundi hari Rabu

Jumlah itu hanya kos gaji bagi menampung cuti umum pada 9 Mei ini untuk membolehkan pengundi membuang undi.

Anggaran Waktu Membaca:
Majikan dijangka hilang RM600 juta dek kakitangan keluar mengundi hari Rabu

Gambar fail bendera-bendera Malaysia.

Diterbitkan : 12 Apr 2018 04:42PM Dikemas Kini : 12 Apr 2018 04:59PM

MALAYSIA: Majikan dijangka kehilangan sekurang-kurangnya RM600 juta (S$200 juta) menyusuli tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia menetapkan hari pengundian pada Rabu, 9 Mei ini, lapor akhbar kewangan The Edge.

Menurut Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Encik Shamsuddin Bardan, jumlah itu hanya kos gaji bagi menampung cuti umum pada 9 Mei ini untuk membolehkan pengundi membuang undi.

"Kerugian (tambahan) pengeluaran sangat besar," katanya yang dipetik akhbar itu.

Bagaimanapun, beliau menjangkakan bahawa majikan mampu menyusun semula jadual kerja mereka memandangkan notis selama sebulan itu.

Laporan itu juga memetik Naib Presiden, Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM), Encik Jacob Lee sebagai berkata pilihan raya akan menjejaskan operasi kilang-kilang.

Namun beliau berkata, anggota persekutuan itu akan mengutamakan hak pekerja mereka untuk menjalankan kewajipan mereka sebagai pengundi.

"FMM menggalakkan ahli-ahlinya untuk menyokong proses pilihan raya dengan mematuhi peraturan pemberian masa kepada pekerja untuk keluar mengundi,” katanya.

Sementara itu, seorang perunding tempatan memberitahu The Edge bahawa cuti umum selama sehari pada hari pengundian adalah tidak mencukupi, kerana ada yang terpaksa pulang ke kampung halaman untuk mengundi.

"Malah dengan cuti pelepasan pada hari pengundian pada Rabu, ada pekerja yang bertanya sama ada mereka boleh bercuti pada Selasa kerana perlu pulang ke kampung halaman mereka," kata pengarah yang tidak dinamakan itu.

Presiden Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (Margma), Encik Denis Low juga menyuarakan sentimen sama dengan berkata bahawa tarikh pengundian pada pertengahan minggu akan menyusahkan mereka yang tinggal berjauhan untuk mengundi.

Sumber : Agensi berita/SM/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan