Mahu cegah kebakaran, China robohkan beberapa bangunan yang tidak ikut peraturan
Sejumlah bangunan sudah dirobohkan di daerah Daxing. ini menyusuli tindakan tegas pihak berkuasa untuk mencegah kebakaran di ibu kota China itu.
BEIJING: Sejumlah bangunan sudah dirobohkan di daerah Daxing. ini menyusuli tindakan tegas pihak berkuasa untuk mencegah kebakaran di ibu kota China itu.
Bagaimanapun langkah tersebut menyebabkan ramai pekerja yang datang dari wilayah-wilayah lain kehilangan tempat tinggal.
Pentadbir bandar Beijing melancarkan operasi khas 40 hari terhadap bangunan-bangunan yang melanggar peraturan mencegah kebakaran dan keselamatan bangunan.
Para penduduk dan peniaga di bangunan-bangunan berkenaan diberi notis singkat supaya berpindah.
Operasi khas itu dilakukan menyusuli kebakaran di sebuah bangunan tempat tinggal di daerah Daxing pada 18 hari bulan lalu yang meragut nyawa 19 orang.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.