Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mahkamah tolak permohonan 16 bekas ahli bubar UMNO

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan 16 bekas anggota UMNO mencabar kesahihan parti tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Apr 2018 04:16PM Dikemas Kini : 27 Apr 2018 10:16PM

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan 16 bekas anggota UMNO mencabar kesahihan parti tersebut.

Kes itu berkisar pada tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) memberi lampu hijau kepada UMNO menangguhkan lagi pemilihan kepimpinannya.

16 anggota UMNO itu dipecat selepas mereka membawa kes tersebut ke mahkamah.

Hakim Kamaludin Md Said berkata ada peruntukan di dalam Akta Pertubuhan-pertubuhan yang melarang anggota sesebuah parti daripada membawa pertikaian dalam partinya ke mahkamah.

Kewujudan UMNO dicabar di mahkamah kerana 16 bekas anggotanya itu meminta mahkamah mengeluarkan arahan mengisytiharkan parti tersebut tidak sah kerana gagal mengadakan pemilihan kepimpinannya.

Mereka juga meminta semakan kehakiman dilakukan terhadap keputusan RoS membenarkan UMNO menangguhkan lagi pemilihan pucuk pimpinan sehingga April tahun depan iaitu melebihi tempoh dibenarkan dalam perlembagaan parti itu sendiri.

Mengikut perlembagaan UMNO, pemilihan pucuk pimpinannya perlu diadakan setiap tiga tahun dan hanya boleh ditangguhkan sehingga 18 bulan.

Lantaran itu pemilihan tersebut sepatutnya perlu diadakan menjelang bulan ini.

Sumber : Bernama/CNA/MU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan