Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mahkamah Tinggi AS kekalkan larangan perjalanan Trump bagi pelawat dari negara majoriti Islam

Presiden Donald Trump memuji keputusan Mahkamah Tinggi negara itu yang membenarkan larangan kemasukan rakyat beberapa negara yang majoritinya Islam dikuatkuasakan.

Anggaran Waktu Membaca:
Mahkamah Tinggi AS kekalkan larangan perjalanan Trump bagi pelawat dari negara majoriti Islam

(Gambar fail: AFP / NICHOLAS KAMM)

Diterbitkan : 27 Jun 2018 10:53AM Dikemas Kini : 27 Jun 2018 10:59AM

WASHINGTON: Presiden Donald Trump memuji keputusan Mahkamah Tinggi negara itu yang membenarkan larangan kemasukan rakyat beberapa negara yang majoritinya Islam dikuatkuasakan. Dalam catatan di Twitter beliau menyebut keputusan itu sebagai satu kejayaan besar.

Mahkamah Tinggi Amerika Syarikat pada Selasa (26 Jun) menetapkan larangan perjalanan kontroversil Presiden Trump itu bukan diskriminasi agama yang tidak mengikut perlembagaan.

Meskipun mahkamah-mahkamah rendah menyifatkan larangan tersebut yang diumumkan pada September tidak mengikut perlembagaan, mahkamah tertinggi Amerika itu membuat keputusan tersebut dengan majoriti 5-4.

Menulis bagi pihak mahkamah, Ketua Hakim Negara John Roberts berkata pemerintah "telah menetapkan pertimbangan keselamatan negara yang cukup kukuh" untuk menang.

Keputusan mahkamah itu memberi kuasa kepada Presiden untuk menentukan siapa yang dibenarkan memasuki Amerika Syarikat.

Ini bermakna larangan perjalanan itu boleh terus dikuatkuasakan dan Presiden Trump boleh menambah lebih banyak negara dalam senarai tersebut. Menurut Presiden Trump, larangan itu perlu bagi melindungi Amerika daripada serangan militan Islam.

Larangan yang ditetapkan dikuatkuasakan pada Disember, membabitkan warga dari Iran, Libya, Somalia, Syria and Yaman dari memasuki Amerika Syarikat. Ia mendapat kritikan daripada kumpulan-kumpulan hak asasi manusia.  

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan