Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mahkamah Tinggi AS benarkan larangan perjalanan ke atas 6 negara Islam

 Mahkamah Tinggi Amerika Syarikat semalam (4 Dis) membenarkan pentadbiran Donald Trump untuk melaksanakan sepenuhnya larangan perjalanan yang disemak semula ke atas warganegara dari enam negara dengan majoriti warga Islam untuk memasuki negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Mahkamah Tinggi AS benarkan larangan perjalanan ke atas 6 negara Islam

Presiden AS Donald Trump mengeaskan bahawa larangan pelancongan penting bagi keselamatan negara. (Gambar: JOSH EDELSON/AFP)

Diterbitkan : 05 Dec 2017 09:15AM Dikemas Kini : 05 Dec 2017 09:22AM

WASHINGTON: Mahkamah Tinggi Amerika Syarikat semalam (4 Dis) membenarkan pentadbiran Donald Trump untuk melaksanakan sepenuhnya larangan perjalanan yang disemak semula ke atas warganegara dari enam negara dengan majoriti warga Islam untuk memasuki negara itu.

Larangan itu dikenakan kepada pelancong dari Chad, Iran, Libya, Somalia, Syria dan Yaman.

Kebenaran terbaru itu akan dibawa ke Mahkamah Rayuan yang berpangkalan di San Francisco minggu ini. Ketetapan oleh Mahkamah Rayuan akan membolehkan Mahkamah Tinggi mendengar semula dan memutuskan isu tersebut pada akhir Jun.

Versi ketiga larangan itu, didedahkan pada bulan September dan segera dicabar mahkamah rayuan di Richmond, Virginia dan San Francisco, California. Mahkamah di Richmond dijangka mendengar kes itu Jumaat ini (8 Dis).

Para plaintif berhujah bahawa langkah yang disasarkan kepada orang Muslim itu melanggar Perlembagaan AS dan bukan atas sebab-sebab keselamatan seperti yang didakwa pemerintah.

Bagaimanapun, tindakan itu disifatkan pentadbiran Presiden Trump sebagai penting untuk mencegah serangan pengganas dan melindungi keselamatan negara AS. Ia menerima sokongan yang kukuh dengan undian 7-2 memihak bagi larangan diteruskan sementara rayuan dibuat.

Larangan tersebut turut meliputi rakyat Korea Utara dan beberapa pegawai tinggi Venezuela tetapi sasaran utamanya adalah para pengunjung dari enam negara itu. 

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan