Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mahkamah Perlembagaan Thailand sahkan formula yang diguna dalam pilihan raya Mac lalu

Mahkamah Perlembagaan Thailand mengesahkan formula yang digunakan bagi memperuntukkan 150 kerusi parlimen kepada parti-parti yang bertanding dalam pilihan raya Mac lalu, adalah sah.

Anggaran Waktu Membaca:
Mahkamah Perlembagaan Thailand sahkan formula yang diguna dalam pilihan raya Mac lalu

Gambar fail.

Diterbitkan : 08 May 2019 04:49PM Dikemas Kini : 08 May 2019 04:54PM

BANGKOK: Mahkamah Perlembagaan Thailand mengesahkan formula yang digunakan bagi memperuntukkan 150 kerusi parlimen kepada parti-parti yang bertanding dalam pilihan raya Mac lalu, adalah sah.

Keputusan itu menamatkan pertikaian sama ada formula yang digunakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya itu bercanggah dengan kaedah yang ditetapkan dalam perlembagaan kerajaan Thai.

Jawatankuasa Pilihan Raya semalam (7 Mei) mengeluarkan keputusan rasmi pertama bagi pilihan raya umum 24 Mac lalu.

Ia melibatkan 349 kerusi daripada 500 kerusi Dewan Rakyat. Bagaimanapun sebuah kawasan undi di Chiang Mai perlu mengadakan pilihan raya kecil.

Parti Pheu Thai, parti yang ada hubungan dengan perdana menteri Thaksin Shinawatra yang digulingkan, mendahului kedudukan dengan meraih 137 kerusi.

Parti pro-tentera Palang Pracharat yang menyokong Perdana Menteri Prayuth Chan-o-cha di tempat kedua dengan 97 kerusi, Bhumjaithai (39), Democrat (33), Future Forward Party (30).
Parlimen baru Thailand akan bersidang pada 23 Mei ini.

Perdana Menteri Prayuth Chan-o-cha sementara itu sudahpun mengesahkan semalam bahawa 15 anggota kabinet meletak jawatan.

Mereka termasuk Ketua Marsyal Udara Prajin Juntong, Timbalan Perdana Menteri Jen Chatchai Sarikulya, Menteri di Pejabat PM Suwaphan Tanyuvardhana, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Jen Surasak Karnjanarat, dan Menteri Buruh Jen Polis Adul Saengsingkaew.

Ini mencetuskan spekulasi bahawa mereka akan dilantik sebagai anggota senat. 

Sumber : Reuters/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan