Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mahkamah Perlembagaan Thai luluskan petisyen bubar parti Thai Raksa Chart

Mahkamah Perlembagaan Thailand meluluskan petisyen yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya untuk membubarkan parti Thai Raksa Chart.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Feb 2019 07:02PM Dikemas Kini : 15 Feb 2019 01:25AM

BANGKOK: Mahkamah Perlembagaan Thailand meluluskan petisyen yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya untuk membubarkan parti Thai Raksa Chart.

Suruhanjaya itu menyatakan parti tersebut melanggar undang-undang dengan mencalonkan Puteri Ubolratana Mahidol sebagai calon perdana menteri bagi pilihan raya bulan depan.

Suruhanjaya itu kemudian membatalkan Puteri Ubolratana daripada bertanding selepas Raja Maha Vajiralongkorn menyifatkan pencalonannya melanggar perlembagaan Thai dengan mencalonkan seorang puteri raja bagi jawatan politik.

Parti Thai Raksa Chart, yang mempunyai kaitan dengan mantan Perdana Menteri Thaksin Shinawatra kini diberi masa tujuh hari untuk mempertahankan tindakannya. 

Sumber : AFP/MM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan