Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mahkamah Korea Selatan kekal hukuman penjara 20 tahun terhadap mantan Presiden Park Geun-hye

Mahkamah Korea Selatan mengekalkan hukuman penjara 20 tahun terhadap mantan Presiden Park Geun-hye.

Anggaran Waktu Membaca:
Mahkamah Korea Selatan kekal hukuman penjara 20 tahun terhadap mantan Presiden Park Geun-hye

Mantan presiden Korea Selatan Park Geun-hye. (Gambar: AFP/Kim Hong-Ji)

Diterbitkan : 14 Jan 2021 04:44PM Dikemas Kini : 14 Jan 2021 04:52PM

SEOUL: Mahkamah Korea Selatan mengekalkan hukuman penjara 20 tahun terhadap mantan Presiden Park Geun-hye.

Dia disingkirkan pada Mac 2017 atas pelibatannya dalam skandal penyalahgunaan kuasa dan rasuah besar-besaran.

Park didakwa bersubahat dengan teman rapatnya Choi Soon-sil untuk memaksa syarikat-syarikat konglomerat agar menyumbang 77.4 bilion won (S$95.2 juta) kepada dua yayasan di bawah arahan Choi.

Park, 68 tahun, sudah meringkuk di penjara sejak Mac 2017 dan menafikan sebarang salah laku.

Dia tidak hadir di mahkamah hari ini (14 Jan) semasa pihak pendakwa meminta agar hukuman penjara Park ditambah sehingga 30 tahun.

Keputusan Mahkamah Korea Selatan menegakkan hukuman penjara 20 tahun serta denda 21.5 billion won (S$26 juta) adalah yang terakhir dan muktamad bagi kes rasuah Park.

Sumber : Agensi berita/ZM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan