Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mahkamah Israel beri lampu hijau kepada petempatan Yahudi di tanah privet Palestin

Sebuah mahkamah Israel memberi pengiktirafan undang-undang kepada sebuah petempatan Yahudi yang dibina di atas tanah privet milik Palestin di Tebing Barat tanpa kebenaran pemerintah Israel. Ini satu langkah perundangan baru.

Anggaran Waktu Membaca:
Mahkamah Israel beri lampu hijau kepada petempatan Yahudi di tanah privet Palestin

Gambar petempatan Mitzpe Kramim yang dipetik pada 2015 (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 29 Aug 2018 07:17PM Dikemas Kini : 29 Aug 2018 07:19PM

BAITULMAKDIS: Sebuah mahkamah Israel memberi pengiktirafan undang-undang kepada sebuah petempatan Yahudi yang dibina di atas tanah privet milik Palestin di Tebing Barat tanpa kebenaran pemerintah Israel. Ini satu langkah perundangan baru.

Menteri undang-undang Israel, yang merupakan seorang ultranasionalis, hari ini (29 Ogos) memuji keputusan Mahkamah Daerah Baitulmakdis itu, yang dibuat lewat semalam.

Keputusan tersebut berkaitan dengan Mitzpe Kramim, iaitu kawasan yang dibangunkan pada tahun 1999 berdekatan bandar Ramallah, Palestin, dan kini menempatkan 40 keluarga.

Kebanyakan negara di dunia menyifatkan semua petempatan yang dibina di atas tanah yang ditakluki Israel semasa perang Timur Tengah 1967 sebagai mencabuli undang-undang. Israel bagaimanapun menyangkal pendirian itu.

Para penduduk yang tinggal di Mitzpe Kramim menyerahkan petisyen kepada mahkamah daerah pada 2013 agar tuntutan mereka ke atas tanah tersebut diiktiraf, sedang pemilik hartanah dari Palestin memulakan tindakan guaman yang mungkin mengakibatkan para penduduk itu diusir.

Mahkamah mengisytiharkan penduduk petempatan tersebut sebagai pemilik sah, berdasarkan dapatan bahawa pihak berkuasa Israel tidak sedar bahawa tanah itu adalah milik privet semasa ia melakar peta kawasan yang ditakluk ekoran perang 1967.

Ini berdasarkan undang-undang Israel yang menyatakan urus niaga-urus niaga yang terdapat kelemahan dari segi undang-undang boleh menjadi sah jika dijalankan "atas dasar kepercayaan".

Ditanya tentang keputusan mahkamah, Nabil Abu Rdainah, seorang jurucakap bagi Presiden Palestin Mahmoud Abbas, berkata semua petempatan yang dibina Israel atas tanah ditakluk adalah haram di sisi undang-undang.

"Kedamaian tidak akan dikecapi selagi (peluasan) petempatan berterusan," kata beliau.

Pertubuhan Peace Now yang memantau dan menentang pembinaan petempatan Yahudi di tanah-tanah yanng sudah ditakluk, menyatakan nasib petempatan itu akan ditentukan Mahkamah Tinggi, di mana petisyen oleh pemilik dari Palestin belum selesai.

Mahkamah Tinggi secara konsisten menegakkan hak pemilikan hartanah warga Palestin dalam kes-kes sedemikian, menyebabkan penduduk dihalau dari beberapa petempatan. 

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan