Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mahkamah Agung Amerika Syarikat akan bincangkan isu kawalan senjata

Mahkamah Agung Amerika Syarikat akan membincangkan isu kawalan senjata hari ini (2 Dis) buat pertama kali dalam masa hampir sedekad dengan majoriti hakim dilihat menyokong hak orang ramai yang memiliki senjata api.

Anggaran Waktu Membaca:
Mahkamah Agung Amerika Syarikat akan bincangkan isu kawalan senjata

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 02 Dec 2019 02:47PM Dikemas Kini : 02 Dec 2019 02:52PM

WASHINGTON: Mahkamah Agung Amerika Syarikat akan membincangkan isu kawalan senjata hari ini (2 Dis) buat pertama kali dalam masa hampir sedekad dengan majoriti hakim dilihat menyokong hak orang ramai yang memiliki senjata api.

Dalam sebuah negara di mana hampir 40,000 orang terbunuh akibat serangan tembakan setiap tahun, sembilan anggota mahkamah akan meneliti lagi kes membabitkan Pindaan Kedua Perlembagaan Amerika Syarikat, yang menjamin "hak rakyat untuk menyimpan dan memiliki senjata."

Mahkamah memutuskan dalam keputusan bersejarah pada 2008 bahawa pentadbiran itu menjamin apa yang dipanggil sebagai hak individu untuk memiliki senjata dan menolak undang-undang yang mengharamkan pemilikan senjata api. Pada 2010, ia menyatakan keputusan itu tertakluk dalam negeri dan peringkat persekutuan.

"Namun ia tidak banyak mengulas tentang bagaimana mahkamah harus menilai pematuhan perlembagaan undang-undang senjata lain, seperti sekatan terhadap senjata serangan, lelopak peluru berkeupayaan tinggi dan pembawaan senjata yang terselindung," kata Josepoh Blocher, seorang profesor undang-undang di Universiti Duke di North Carolina.

Mahkamah secara konsisten menolak kes-kes senjata api sejak keputusan pada 2010 itu.

Namun tahun ini, buat kali pertama ia bersetuju membuat keputusan tentang larangan senjata api di New York City atas sebab keselamatan orang awam dan ditentang Persatuan Senapang Kebangsaan.

Dalam membuat keputusan tentang kes itu, mahkamah mungkin akan mengambil peluang untuk menjelaskan bagaimana mahkamah akan menentukan sama ada larangan senjata adalah sah atau tidak.

Sumber : AFP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan