Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mahathir tidak setuju polis bertindak terhadap individu yang mengkritiknya

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak bersetuju bahawa tindakan diambil ke atas mana-mana individu yang mengkritiknya.

Anggaran Waktu Membaca:
Mahathir tidak setuju polis bertindak terhadap individu yang mengkritiknya

PM Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan beliau mengeluarkan arahan larangan keluar negara terhadap mantan perdana menteri Najib Razak dan isteri.

Diterbitkan : 18 May 2018 05:14PM Dikemas Kini : 18 May 2018 05:19PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak bersetuju bahawa tindakan diambil ke atas mana-mana individu yang mengkritiknya.

“Saya sudah maklumkan kepada pihak polis berkenaan ini. Undang-undang ini akan dikaji apabila Parlimen bersidang kelak,” kata beliau dalam catatan di laman Twitter hari ini.

Beliau memuat naik catatan berkenaan dengan pautan kepada laporan media berhubung penangkapan seorang lelaki di Langkawi berhubung kenyataan penghinaan yang keterlaluan di laman Facebook terhadap perdana menteri dan agama Islam.

Menurut laman Facebook Ibu Pejabat Polis (IPD) Langkawi, yang merupakan sumber berita berkenaan, penahanan suspek dibuat susulan laporan polis dibuat beberapa wakil Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Catatan itu menyebut suspek direman sehingga Ahad ini untuk siasatan lanjut.

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan