Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mahathir percaya bekas Peguam Negara ada alasan tidak dakwa Musa Aman

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad percaya bekas Peguam Negara Abdul Gani Patail mempunyai alasan tertentu tidak mendakwa bekas Ketua Menteri Sabah, Musa Aman berhubung kes rasuah pada 2012.

Anggaran Waktu Membaca:
Mahathir percaya bekas Peguam Negara ada alasan tidak dakwa Musa Aman

Gambar fail Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad. (Gambar: Lai Seng Sin/ Reuters)

Diterbitkan : 09 Nov 2018 10:31AM Dikemas Kini : 09 Nov 2018 10:56AM

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad percaya mantan Peguam Negara Abdul Gani Patail mempunyai alasan tertentu tidak mendakwa mantan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman berhubung kes rasuah pada 2012.

Beliau berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus memberi penjelasan berhubung perkara itu.

“Saya fikir perkara ini belum difahami sepenuhnya, dan saya fikir kita harus mendapatkan penjelasan bukan hanya oleh (mantan) Peguam Negara sendiri tetapi apa situasi sebenarnya yang berlaku pada ketika itu.

“Walaupun sekiranya beliau (Gani) memberi penjelasan atau tidak ia tidak akan membantu. Pihak lain termasuk SPRM perlu menjelaskan kenapa ketika itu tiada pendakwaan,” katanya.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Anggota Parlimen Kepong, Lim Lip Eng yang menggesa Encik Abdul Gani memberi penjelasan mengapa tidak mendakwa Musa pada tahun 2012.

Isnin lalu (5 Nov), Encik Musa berdepan 35 tuduhan rasuah kerana didakwa menerima RM253 juta (S$84 juta) rasuah berkaitan kontrak pembalakan.

Berhubung dakwaan “jutawan” dan “tauke” mempengaruhi keputusan kerajaan Pakatan Harapan oleh mantan menteri yang juga anggota DAP, Encik Zaid Ibrahim, Dr Mahathir berkata beliau bebas menyuarakan pendapat.

“Saya tidak perlu bersetuju dengan semua orang. Mereka bebas memberikan pendapat di negara ini.

“Mungkin dia ada bukti. Dia boleh tunjukkan bukti, berapa bilion yang saya ada,” katanya.  

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan