Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mahathir mula kerja di Pejabat Perdana Menteri

Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad memasuki Pejabat Perdana Menteri hari ini (23 Mei) untuk memulakan tugas secara rasmi dari Perdana Putra.

Anggaran Waktu Membaca:
Mahathir mula kerja di Pejabat Perdana Menteri

Gambar: MANAN VATSAYAYANA/AFP

Diterbitkan : 23 May 2018 10:29AM Dikemas Kini : 23 May 2018 10:34AM

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad memasuki Pejabat Perdana Menteri hari ini (23 Mei) untuk memulakan tugas secara rasmi dari Perdana Putra.

Dr Mahathir sebelum ini beroperasi di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana, sejak kembali menerajui tampuk pemerintahan negara setelah Pakatan Harapan yang dipimpinnya memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei.

Beliau yang memakai sut hitam tiba pada kira-kira 8.25 pagi di lobi Perdana Putra dengan disambut Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Mohd Zuki Ali.

Dr Mahathir kemudian disambut Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa di Aras 5, yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri dan diikuti bacaan doa sebelum memasuki pejabatnya.

Beliau juga menandatangani surat memulakan tugas.

Dr Mahathir akan mempengerusikan mesyuarat kabinet yang pertama selepas ini.

Beliau kembali bertugas di Pejabat Perdana Menteri itu selepas 15 tahun. Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia keempat sejak 1981 sebelum meletak jawatan pada 2003 setelah menerajui tampuk kepimpinan negara selama 22 tahun.

Dr Mahathir, 92 tahun, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketujuh Malaysia pada 10 Mei berikutan kemenangan Pakatan Harapan pada PRU14 itu, sekaligus menjadi perdana menteri tertua di dunia.

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan